Arkib Tag: T’Selection

Wing Hin Motorsports dilantik sebagai pengedar global produk aftermarket T-Selection

Wing Hin Motorsports kini secara rasmi dilantik sebagai pengedar global untuk rangkaian produk aftermarket T’Selection.

Pelantikan ini turut mengukuhkan kedudukan Wing Hin di dalam segmen aftermarket di Malaysia.

Perlindungan selepas tamat tempoh jaminan asal

T’Selection direka khusus untuk memberikan perlindungan tambahan bagi kenderaan yang telah tamat tempoh jaminan asal.

Barisan produk T’Selection dihasilkan mengikut piawaian ketat dari segi kualiti, perlindungan dan prestasi, selain turut mendapat kelulusan SIRIM.

Antara produk T’Selection termasuklah:

  • minyak enjin sintetik penuh dan separa
  • penapis minyak
  • penapis udara
  • cecair brek
  • cecair coolant
  • pembersih injektor
  • cecair pencuci cermin

Untuk makluman, kesemua produk dibangunkan di bawah lesen TCD Asia, iaitu subsidiari Toyota Customizing & Development yang merupakan sebahagian daripada Toyota Group.

Edaran seluruh negara

Sempena pelancaran, Wing Hin Motorsports turut menyerahkan plak pelantikan kepada 10 rakan pengedar sah.

Rangkaian pengedar ini akan merangkumi kawasan Tengah, Utara, Selatan, Pantai Timur serta Sabah dan Sarawak.