Arkib Tag: Porsche Service Centre Kuching

Porsche Service Centre Kuching mula beroperasi, luaskan sokongan selepas jualan di Malaysia Timur

Sime Darby Auto Performance mengumumkan pembukaan pusat servis Porsche yang terletak di Kuching, Sarawak.

Porsche Service Centre Kuching ini dikendalikan oleh Hap Seng Prestige.

Kemudahan

Fasiliti servis 1S ini menyediakan akses mudah kepada pelanggan Porsche untuk mendapatkan perkhidmatan penyelenggaraan, diagnostik dan pembaikan.

Pusat servis ini turut disokong oleh juruteknik terlatih, kelengkapan diagnostik dan peralatan bengkel mengikut piawaian global Porsche.

Bekalan alat ganti tulen juga diperoleh menerusi rangkaian bekalan global Porsche bagi memastikan setiap kenderaan diselenggara mengikut standard jenama tersebut.

Bagi mencerminkan pengalaman pemilikan Porsche, pusat servis ini turut menampilkan ruang rehat pelanggan yang selesa.

Tawaran istimewa

Sebagai meraikan permulaan operasi, pemilik Porsche dijemput menghadiri Service Clinic eksklusif, menawarkan pemeriksaan 111 poin secara percuma.

Pelanggan juga boleh mendapatkan pakej Porsche Approved Warranty eksklusif untuk ketenangan tambahan dalam pengalaman pemilikan.

Selain itu, pelanggan juga boleh melihat rangkaian aksesori Porsche Tequipment dan barangan Porsche Lifestyle.

Sempena pembukaan, barangan terpilih Porsche Lifestyle ditawarkan dengan diskaun sehingga 30%.