PETRONAS Lubricants International (PLI) memperkenalkan rangkaian pelincir PETRONAS Syntium generasi baharu di peringkat global.
Rangkaian PETRONAS Syntium serba baharu ini telah dilancarkan di Malaysia, Jepun dan beberapa pasaran Eropah terpilih.
Ia bakal diperluas ke pasaran utama Asia Pasifik sepanjang tahun.
Menjelang akhir 2026, produk ini akan tersedia di lokasi PETRONAS AutoExpert serta rangkaian bengkel bertauliah di negara seperti China, Indonesia dan Thailand.
Formulasi dipertingkat
Pelincir baharu itu kini dengan formulasi yang dipertingkat untuk memenuhi piawaian terkini API SQ dan ILSAC GF-7.
Berbeza daripada pendekatan “satu minyak untuk semua”, rangkaian ini kini terdiri daripada empat varian khusus, masing-masing dibangunkan untuk memenuhi keperluan pemanduan berbeza.
Terdapat empat varian khusus ditawarkan kepada pengguna:
- PETRONAS Syntium Supreme dengan teknologi CoolTech+™ dan kecekapan bahan api sehingga 13% untuk kenderaan berprestasi tinggi
- PETRONAS Syntium Supreme GLV2 dengan kelulusan JASO GLV2 yang menawarkan kecekapan bahan api sehingga 19% dan kestabilan ricih tinggi untuk kereta Jepun
- PETRONAS Syntium Prime dengan teknologi Active Defense™ sesuai untuk pelbagai keadaan pemanduan harian
- PETRONAS Syntium Hybrid dengan teknologi CoolTech-H™ memberikan perlindungan khusus untuk kenderaan hibrid
Noorhana Abdul Habib, Pengarah Urusan Wilayah Asia PLI berkata, “Rangkaian PETRONAS Syntium baharu ini menawarkan penyelesaian berkualiti tinggi kepada bengkel dan pemandu di Malaysia serta Asia.
“Dipacu formulasi generasi baharu selaras dengan piawaian API SQ, ia meningkatkan kecekapan bahan api dan prestasi enjin, memberikan pemandu teknologi terkini yang memastikan prestasi cemerlang setiap kali memandu,” ujarnya lagi.
