Arkib Tag: LETBE

LETBE Leaper: jentera adventure sesaran kecil, sesuai untuk pemegang lesen B2

LETBE Leaper yang dipamerkan ini merupakan sebuah jentera dwi-kegunaan khusus untuk mereka yang mempunyai bajet rendah.

Berdasarkan spesifikasi, ia dikuasakan enjin silinder tunggal 250 cc sejukan minyak, kuasa sekitar 21 hp @ 7,500 rpm dan daya kilas 21 Nm @ 6,000 rpm.

Selain itu, terdapat juga pilihan enjin 125 cc sejukan udara dengan kuasa 10 hp @ 7,500 rpm dan 10 Nm @ 6,000 rpm.

Ia menggunakan tetapan suspensi fork teleskopik jenis terbalik di depan, dibantu penyerap hentak tunggal di belakang.

Brek pula menggunakan unit cakera bagi kedua-dua roda, dibantu dengan ABS dua-saluran.

Antara ciri yang dimuatkan termasuklah:

  • unit lampu LED
  • skrin paparan LCD digital
  • tangki bahan api 15 liter
  • tinggi pelana 858 mm
  • port pengecasan USB Type-A & Type-C
  • rim 21 inci depan/18 inci belakang

LETBE Punk 500: bobber gaya futuristik dan ada ciri moden

Ini pula sebuah motosikal cruiser kelas pertengahan (separuh liter) yang dinamakan sebagai LETBE Punk 500.

Motosikal gaya bobber ini dikuasakan oleh enjin dua-silinder 500 cc sejukan cecair menghasilkan kuasa 47 hp @ 8,500 rpm dan daya kilas 51 Nm @ 6,000 rpm.

Ia mampu mencapai kelajuan maksimum 163 km/j.

Antara ciri yang boleh dilihat termasuklah sistem lampu LED, struktur pelana tunggal terapung, rim lidi 16 inci dengan tayar yang agak tebal, serta tetapan brek cakera depan dan belakang.

Selain itu, kami difahamkan Punk 500 ini mempunyai sistem kunci jenis NFC.

Antara ciri lain yang dimuatkan:

  • Tangki bahan api 16.2 liter
  • Pelana 720 mm
  • ABS dua-saluran & TCS
  • Skrin paparan TFT berbentuk bulat
  • Fork jenis terbalik (USD)

LETBE Mecha: Skuter kecil dengan gaya futuristik, bakal masuk Malaysia?

Inilah dia skuter LETBE Mecha yang ada dipamerkan di fasiliti Haojin yang terletak di Guangzhou, China.

Dengan penggayaan yang futuristik dan berani, adakah skuter ini mampu menawan hati golongan penunggang motosikal di Malaysia kelak?

Di China, LETBE Mecha ditawarkan dengan pilihan enjin 125 cc (12 hp/12.5 Nm), 150 cc (15.8 hp/14.7 Nm) dan 200 cc (17.3 hp/17.6 Nm).

Ia dilengkapi dengan fork teleskopik diikuti penyerap hentak berkembar bersama sub-tangki di bahagian belakang.

Skuter ini menggunakan tetapan rim saiz 14 inci depan dan 13 inci di bahagian belakang.

Antara ciri lain yang dimuatkan:

  • Tangki bahan api 12 liter
  • Skrin paparan TFT 7-inci
  • Sistem pemantauan tekanan tayar
  • Sistem lampu LED
  • Port pengecasan USB
  • Skrip LETBE dengan cahaya berwarna-warni
  • Jalur lampu hiasan sisi
  • Penghadang angin kekal

Apa yang anda perlu tahu tentang supermoped 150 cc Mforce

Selain melihat barisan motosikal dan skuter jenama LETBE, pihak Mforce Bike Holdings turut mengambil kesempatan menunjukkan projek supermoped 150 cc terbaharu mereka.

Model tersebut masih lagi berada dalam fasa model tanah liat, jadi rekaan sebenar masih lagi belum dimuktamadkan.

Namun, ada beberapa perincian yang sempat kami korek daripada sesi pratonton tempoh hari.

Unit tersebut mempunyai saiz kepala yang agak lebar, menempatkan unit lampu, sementara unit lampu nyalaan siang (DRL) pula di bahagian bawah.

Supermoped ini hadir dengan enjin 150 cc sejukan cecair dengan kuasa sekitar 12 kW (16 hp) dipadankan dengan klac auto dan kotak gear 5-kelajuan.

Ia turut hadir dengan sistem kunci mekanikal, skrin paparan TFT, sokongan sambungan kepada peranti pintar, serta kamera perakam tunggangan.

Model ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada suku kedua atau ketiga tahun hadapan dengan  harga jualan anggaran bawah RM8,000,

Selain supermoped, terdapat beberapa model prototaip yang turut dipamerkan dalam ruang tersebut termasuklah:

  • Jentera naked 250 cc
  • Sportbike 250 cc
  • Hawk generasi baharu
  • Jentera off-road enduro 250 cc
  • Skuter kembara 250 cc
  • Skuter kembara 420 cc

Kenali LETBE, jenama baharu yang bakal merancakkan lagi industri dua roda Malaysia

Baru-baru ini pihak Mforce menjemput sekumpulan pengamal media ke Guangzhou untuk melihat dengan lebih dekat jenama motosikal LETBE yang bakal masuk Malaysia.

LETBE secara ringkasnya merupakan satu jenama baharu yang diwujudkan di bawah Haojin.

Ia disasarkan kepada golongan pengguna yang lebih muda dan mementingkan penggayaan.

Berikut merupakan beberapa fakta ringkas yang perlu anda tahu:

1. LETBE merupakan satu jenama di bawah naungan Haojin, di mana Haojin (Guangzhou Haojin Motorcycle Co. Ltd) itu sendiri merupakan antara jenama motosikal yang terkemuka di pasaran China.

2. Ditubuhkan pada tahun 2001, Haojin kini merupakan pengeluar motosikal dua roda, tiga roda serta kenderaan all-terrain, enjin serta komponen mekanikal pada skala yang besar.

3. Fasiliti Haojin memiliki keluasan 300,000 meter persegi, lengkap dengan kemudahan R&D, pusat ujian berketepatan tinggi serta kilang dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 1.5 juta unit setahun.

4. Sehingga kini, Haojin memiliki 213 paten teknologi.

5. Selain mengeluarkan jenama motosikal sendiri, Haojin juga mengeksport motosikal mereka ke lebih 60 buah negara merentasi Asia, Afrika, Amerika Selatan dan Eropah. Ada diantaranya dijenamakan semula mengikut pasaran tertentu.

6. LETBE pula ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2022 dengan membawakan pendekatan yang lebih moden dan bergaya untuk pasaran antarabangsa.

7. Untuk membezakannya dengan jenama lain, LETBE menggunakan konsep unik “Mechanical Pet” di mana motosikal dijadikan sebagai rakan teknikal dengan karakteristik yang tersendiri.

8. Antara model-model LETBE yang ada termasuklah Neon, Island, Mecha, Nomad, Velocity, Flygon, Punk dan Arthur.

Tidak ketinggalan, sebuah model supermoped 150 cc yang dibangunkan menerusi kerjasama dengan pihak Mforce.

Jenama LETBE bakal masuk pasaran Malaysia secara rasmi tidak lama lagi.