Arkib Tag: kenderaan terpakai

Volvo Executive Car Sales kembali, tawar harga serendah RM148 ribu

Volvo Car Malaysia akan menganjurkan acara Volvo Executive Car Sales 10 hingga 11 Oktober ini bertempat di Symphony Square PJ.

Acara ini akan mengetengahkan koleksi 80 unit kenderaan terpakai premium Volvo Selekt Certified Used Cars, dengan harga jualan serendah RM148,000.

Kesemua unit kenderaan diambil terus daripada armada korporat Volvo Car Malaysia.

Setiap unit hadir dengan perbatuan serendah 2,000 km, disokong oleh pemeriksaan rapi 125-titik, perisian terkini serta alat ganti tulen Volvo.

Selain itu, setiap kenderaan juga menawarkan:

  • baki aktif jaminan 5-tahun tanpa had perbatuan
  • bantuan tepi jalan 24 jam
  • sokongan ketersambungan digital
  • Volvo Service Plan aktif
  • baki perlindungan aktif jaminan bateri voltan tinggi 8-tahun (EV sahaja)

Antara model yang ditawarkan dalam jualan kali ini ialah:

  • Volvo EX30 (dari RM1,452/bulan)
  • Volvo EC40 (dari RM1,697/bulan)
  • Volvo XC60 (dari RM2,148/bulan)
  • Volvo XC90 (dari RM2,994/bulan)
  • Volvo ES90 (dari RM2,639/bulan)
  • Volvo EX90 (dari RM2,836/bulan)

Bagi memudahkan urusan pemilikan, Volvo Car Finance menawarkan pakej menarik dengan kadar faedah serendah 2% serta kemudahan kelulusan pinjaman pada hari yang sama.

Temu janji boleh dibuat menerusi pautan https://volvocarmalaysia.com/executive-sales