Horse Powertrain mengumumkan enjin hibrid baharu yang direka lebih cekap tenaga dan menggunakan bahan api petrol 100 peratus boleh diperbaharui.
Kenderaan demonstrasi pertama dijangka akan dipertontonkan pada tahun ini.
Enjin hibrid yang lebih jimat minyak
Sistem baharu ini direka berasaskan konsep enjin hibrid Horse H12 yang dibangunkan bersama syarikat tenaga Sepanyol, iaitu Repsol.
Enjin H12 tersebut menawarkan ciri dan manfaat berikut:
- kadar kecekapan terma brek maksimum 44.2 peratus
- bacaan penggunaan bahan api kurang 3.3 liter untuk setiap 100 km (ujian WLTP)
- nisbah mampatan tinggi 17:1
- sistem pengawalaturan gas ekzos (EGR) generasi baharu
- sistem pencucuhan bertenaga tinggi
- pengecas turbo yang dioptimumkan
- talaan transmisi khusus hibrid
- pelincir baharu Repsol yang dapat mengurangkan kesan geseran dalaman
Dengan sistem hibrid baharu ini, enjin tersebut menawarkan penjimatan lebih 40 peratus berbanding purata kenderaan penumpang baharu di Eropah pada tahun 2023.
Menurut kedua-dua pihak, sebuah kereta saiz pertengahan yang dipacu enjin hibrid ini mampu mengurangkan pelepasan CO2 sebanyak 1.77 tan setahun berdasarkan pemanduan 12,500 km jika dibandingkan dengan kenderaan petrol biasa.
Siapa Horse Powertrain?
Syarikat ini membekalkan enjin serta sistem hibrid kepada jenama-jenama automotif terkenal seperti:
- Renault
- Geely Auto
- Volvo Cars
- Nissan
- Mitsubishi Motors
- Proton
