Arkib Tag: Aprilia RS 457 GP Replica

Aprilia RS 457 GP Replica diperkenal di Malaysia, harga RM35,900

Didi Group selaku pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia memperkenalkan Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026.

Pratonton edisi khas berinspirasikan MotoGP itu disempurnakan oleh pelumba Aprilia Racing, Marco Bezzecchi.

Ia dijual pada harga RM35,900.

Inspirasi daripada jentera RS-GP

Mengambil ilham daripada jentera perlumbaan Aprilia RS-GP, RS 457 GP Replica tampil dengan warna hitam yang menggabungkan kemasan berkilat dan kusam, dipadankan grafik bercorak perlumbaan.

Komponen aluminium seperti rangka, lengan ayun dan plat stereng turut menerima kemasan gelap bagi menyerlahkan penampilan sporty serta premium.

Selain penampilan berbeza, edisi GP Replica dilengkapi:

  • sistem quickshifter
  • pad brek hadapan dinaik taraf
  • Penutup tempat duduk belakang

Spesifikasi asas

Motosikal ini mengekalkan enjin dua silinder selari 457 cc yang dikongsi dengan RS 457 standard, menghasilkan 48 hp @ 9,400 rpm dan 43.5 Nm @ 6,700 rpm.

Tetapan suspensi terdiri daripada fork USD 41 mm diikuti penyerap hentak tunggal, lengkap dengan larasan pra-beban.

Antara kelengkapan lain termasuklah:

  • angkup brek radial Bybre
  • tiga mod tunggangan
  • Aprilia Performance Ride Control (AEM & ATC)
  • skrin paparan TFT 5-inci
  • ABS dua-saluran