Triumph kekal teguh, Bonneville Bobber idaman pencinta motosikal klasik
JUMLAH pengguna motosikal seluruh dunia yang kian bertambah saban tahun menjadikan setiap syarikat pengeluar kenderaan dua roda semakin kompetitif dengan menawarkan pelbagai model menarik untuk kegunaan ramai.
Selain itu, tidak dinafikan mereka yang ‘berjiwa custom’ juga semakin bertambah apatah lagi sumber kewangan dan barangan aksesori bukan menjadi masalah besar.
Sedar akan perkara ini, syarikat pengeluar motosikal Triumph terus kreatif dengan mengeluarkan pelbagai modul dengan performance luar biasa malah, memiliki reka bentuk yang mampu ‘mencairkan’ hati setiap individu memandang!
Triumph – Perjalanan membina empayar yang luar biasa
Triumph merupakan satu jenama lama yang masih ‘segar’ di pasaran dengan menawarkan motosikal unik ala British berstatus mewah pada harga mampu milik.
Menggabungkan elemen moden dan rekaan klasik, ia menjadikan motosikal syarikat itu memiliki teknologi enjin terkini dan mudah diselenggara oleh si pemilik.
Untuk memenuhi kehendak dunia custom yang semakin berkembang seluruh dunia, Triumph memperkenalkan kembali motosikal pasca Perang Dunia Kedua yang mana ia menjadi simbol counter-culture.
Motosikal pra perang dunia kedua boleh dikatakan sebagai pendahulu kepada dunia permotoran dua roda ketika ini.
Menggunakan design seakan basikal, ia memiliki kerangka mengelilingi enjin dan kotak gear, seterusnya membentuk segi tiga akhir yang memegang gandar roda belakang.
Seperti basikal, ia tidak mempunyai sistem suspensionkecuali spring dan penyerap hentakan untuk roda depan. Kerangka jenis ini dipanggil hard tail.
Apabila motosikal ini kembali ke Amerika Syarikat dari Eropah, bekas anggota tentera membelinya untuk kegunaan harian.
Di sinilah bermula dunia custom secara meluas di mana antara modifikasi paling awal ialah pembuangan gad lumpur depan dan belakang yang kemudian digantikan dengan aksesori lebih minimalis.
Asal usul model Bonneville Bobber
Pemotongan gad lumpur belakang motosikal keluaran Triumph digelar bobbing. Ia digunakan secara meluas sebelum terma baharu diguna pakai iaitu Bobber.
Sedar dengan permintaan luar biasa sehingga kini, Triumph menghasilkan modul ‘laku keras’ mereka iaitu Bonneville Bobber.
Bermula pada harga RM75,000 menjadikan ia lebih murah dan mampu milik berbanding motosikal cruiser berenjin V-twin 1200cc dari Amerika Syarikat atau mana-mana syarikat pengeluar lain.
Maka tidak hairan, Triumph semakin terkenal selain angka jualan seluruh dunia melonjak selepas ‘kelahiran’ Bonneville Bobber.
Justeru, apakah ramuan istimewa di sebalik kejayaan syarikat ini membina empayar seluruh dunia? Nak tahu lebih lanjut, berikut video review yang kami sediakan buat tatapan anda.
Wartawan yang masih menabung demi sebuah Aventador