Zeekr Intelligent Technology Malaysia secara rasmi melancarkan model Zeekr X 2026 yang dinaik taraf untuk pasaran Malaysia.
Terdapat dua varian ditawarkan iaitu Premium dan Flagship, dengan harga jualan bermula dari RM158,800 hingga RM175,800 untuk varian lebih tinggi.
Spesifikasi
Berikut merupakan perincian bagi setiap varian Zeekr X di Malaysia:
Flagship AWD
- motor elektrik berkembar
- kuasa 489 hp/573 Nm
- pecutan 0-100 km/j dalam 3.7 saat
- pengecasan AC 22 kW (0-100% dalam 4 jam)
- pengecasan DC 150 kW (10-80% dalam 30 minit)
- bateri NMC 66 kWh
- jarak pandu 415 km
- rim 20 inci
Premium RWD
- motor elektrik tunggal
- kuasa 335 hp/373 Nm
- pecutan 0-100 km/j dalam 5.3 saat
- pengecasan AC 11 kW (0-100% dalam 7.5 jam)
- pengecasan DC 150 kW (10-80% dalam 30 minit)
- bateri LFP 61 kWh
- jarak pandu WLTP 445 km
- rim 19 inci
Kelengkapan standard
Menariknya, kedua-dua varian hadir dengan beberapa ciri standard seperti:
- pintu hadapan bukaan automatik
- peti sejuk lengkap dengan fungsi pemanas
- tiang B interaktif
- stereng multi-fungsi dengan bar sensitif sentuhan
- ruang kargo sebesar 404 liter
Varian Premium mendapat kemasan dalaman dua tona hitam dan putih, skrin paparan head-up (HUD) serta warna eksklusif Porcelain Pink.
Sementara varian Flagship AWD pula mendapat tempat duduk lengkap dengan fungsi urut dan ventilasi, kemasan dalaman hitam berserta tali pinggang keledar merah, dan warna eksklusif Onyx Black dan Matte Khaki Green.
Ciri lain termasuklah:
- pintu tailgate berkuasa
- bumbung panorama dengan perlindungan haba
- sambungan Apple CarPlay & Android Auto tanpa wayar
- slot pengecasan peranti pintar tanpa wayar 50W
- sistem bunyi Yamaha dengan 13-pembesar suara
- sistem pencahayaan suasana 17-zon
Keselamatan
Zeekr X terus menawarkan kelengkapan keselamatan menyeluruh seperti 7-beg udara serta sistem ADAS penuh yang memanfaatkan lima kamera HD, lima radar gelombang milimeter dan 12 penderia ultra-bunyi.
Antara ciri ADAS yang tersedia:
- brek kecemasan autonomi (AEB) depan dan belakang
- kawalan jelajah adaptif (ACC)
- bantuan penukaran lorong automatik (ALC)
- kawalan pemusatan lorong (LCC)
- bantuan pengekalan lorong (LKA)
- sistem pemantauan titik buta (BSD)
- amaran lintasan trafik depan dan belakang
- bantuan parkir automatik
