fbpx

Perodua selesai baiki lebih 300 kenderaan rosak akibat banjir

Banjir pada tahun lalu memberi impak besar kepada kebanyakan individu yang bukan sahaja berdepan kerosakan harta benda di rumah tetapi turut melibatkan kenderaan. - Foto ihsan Malay Mail
Banjir pada tahun lalu memberi impak besar kepada kebanyakan individu yang bukan sahaja berdepan kerosakan harta benda di rumah tetapi turut melibatkan kenderaan. - Foto ihsan Malay Mail

INISIATIF Baucar Diskaun Automotif diumum kerajaan baru-baru ini mendapat reaksi positif ramai pihak.

Perodua antara yang memuji langkah itu yang disifatkan membantu meringankan bebanan mangsa banjir.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, langkah itu juga membuktikan keprihantinan kerajaan membantu rakyat dalam kesusahan.

Jelasnya, Perodua telah menerima ribuan kenderaan yang rosak akibat banjir dan bantuan dihulur kerajaan sudah pasti melancarkan segala proses pembaikan.

Presiden dan Ketua Pegawai Operasi (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana membantu mangsa banjir. - Foto oleh Engear
Presiden dan Ketua Pegawai Operasi (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana membantu mangsa banjir. – Foto oleh Engear

“Perodua berterima kasih kepada pihak kerajaan atas tindakan pantas dan keprihatinan dalam membantu mangsa.

“1,987 kenderaan Perodua telah ditunda ke 200 pusat servis untuk penilaian dan setakat ini 323 unit telah dibaiki,” kata Zainal Abidin.

Minggu lalu, kerajaan telah mengumumkan inisiatif baucar bernilai RM1,000 bagi membantu mangsa banjir yang mengalami kerosakan kenderaan.

Baucar boleh digunakan bagi membuat tuntutan terhadap pembaikan serta penggantian kenderaan persendirian yang rosak.

Pemilik kenderaan boleh menebus baucar tersebut di pusat servis Perodua yang sah seluruh negara sehingga 31 Mac 2022.

Kelihatan sebuah kenderaan ditenggelami banjir dalam insiden tahun lalu. - Foto ihsan Malay Mail
Kelihatan sebuah kenderaan ditenggelami banjir dalam insiden tahun lalu. – Foto ihsan Malay Mail

Dalam perkembangan sama, Perodua juga telah melancarkan Program Bantuan Banjir Perodua pada 19 Disember 2021 selain menyediakan hab khas pembaikan banjir di Shah Alam.

Program Bantuan Banjir Perodua merangkumi diskaun 50 peratus alat ganti standard selain kos upah dan perkhidmatan tunda percuma.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved