fbpx

Jemu lumba di litar? Jom cuba trek RC aras bumbung pertama di Malaysia

211108-rc-sacc-v002.jpg
Trek kereta kawalan jauh (RC) di SACC Mall, Shah Alam persis litar lumba sebenar. - Foto ihsan RC Planet Malaysia

ADAKAH anda peminat kereta kawalan jauh dan tidak tahu di mana lokasi menarik untuk bermain alat itu?

Jika ya, ini berita baik untuk anda terutama yang menetap di Lembah Klang.

Semalam, sebuah trek kereta kawalan jauh secara rasmi dibuka di SACC Mall Shah Alam sebagai usaha mempromosikan aktiviti sukan dan rekreasi terbuka.

Memetik laporan Selangor Kini, ia merupakan trek kereta kawalan jauh aras bumbung pertama di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate (PREC) berkata, pembukaan trek itu juga diyakini dapat menarik minat semua golongan terutama anak muda.

“Kami percaya penganjuran bersama SACC Mall dan Bazaarlokal ini menjadi aktiviti luar yang hebat kerana menepati cita rasa semua generasi terutama golongan muda,” katanya.

Orang ramai kini boleh menyertai aktiviti perlumbaan kereta kawalan jauh di SACC Mall, Shah Alam. - Foto ihsan RC Planet Malaysia
Orang ramai kini boleh menyertai aktiviti perlumbaan kereta kawalan jauh di SACC Mall, Shah Alam. – Foto ihsan RC Planet Malaysia

Kereta kawalan jauh merupakan antara hobi yang diminati ramai bukan sahaja di negara ini malah, di serata dunia.

Antara kejohanan terkemuka dunia termasuk Kejohanan Dunia International Federation of Model Auto Racing (IFMAR) yang menawarkan hadiah lumayan.

Terdahulu, syarikat RC Planet turut menganjurkan pertandingan RC Car Tamiya pada semalam sebagai tanda simbolik pembukaan trek tersebut.

Ia disertai lebih 80 peserta bermula 10 pagi hingga enam petang.

Orang ramai berminat menggunakan fasiliti trek kereta kawalan jauh SACC Mall boleh berbuat demikian dengan membayar caj RM20 sehari.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved