fbpx

‘Sumbat’ warga asing pakai gelang pink dalam lori, warga maya akui malu

Kelihatan sekumpulan warga asing sesak menaiki sebuah lori dipercayai di Sungai Petani, Kedah
Kelihatan sekumpulan warga asing sesak menaiki sebuah lori dipercayai di Sungai Petani, Kedah.

DUA foto menunjukkan sekumpulan warga asing menaiki sebuah lori yang sesak tular di media sosial.

Hantaran salah seorang pengguna Twitter itu mendapat perhatian kebanyakan warga maya yang menganggap ia perbuatan tidak berperikemanusiaan.

Berdasarkan foto terbabit, kesemua warga asing dipercayai dalam perjalanan ke pusat kuarantin Covid-19.

Hal ini kerana kelihatan beberapa individu dalam foto itu memakai ‘gelang’ merah jambu yang kebiasaan dipakai oleh mereka dikenakan kuarantin.

“Bayangkan kalau bangsa kita yang memburuh di negeri orang, legal mahupun illegal dilayan macam ini, apa respon kita?

“Malaysia, kita lebih baik daripada ini,” kata individu menggunakan nama Adam Adli di media sosial.

Sementara itu, rata-rata pengguna media sosial kecewa dengan situasi berlaku dan berharap ia tidak berulang di masa depan.

Pada masa sama, terdapat juga pengguna media sosial yang menyalahkan majikan pekerja warga asing terbabit yang didakwa enggan menyewa bas sebagai langkah penjimatan.

“Pergi salahkan tokey (majikan) yang tak nak keluar modal sewa bas,” kata Shelah Eber.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan lokasi sebenar kejadian tersebut.

Bagaimanapun, ada pengguna media sosial mendakwa ia berlaku di Sungai Petani yang terletak di negeri Kedah.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved