fbpx

Muat turun HondaTouch, elak masa menunggu lama

Honda merupakan antara jenama yang berjaya menambat hati rakyat Malaysia menerusi produknya yang bermutu tinggi
Honda merupakan antara jenama yang berjaya menambat hati rakyat Malaysia menerusi produknya yang bermutu tinggi. - Foto ihsan Malay Mail

HONDA Malaysia menutup sementara operasi perniagaan bermula hari ini sehingga 14 Jun nanti.

Keputusan dibuat selaras pelaksanaan sekatan pergerakan penuh atau total lockdown seluruh negara selama 14 hari bagi mengawal penularan pandemik Covid-19.

Penutupan membabitkan operasi pemasangan kenderaan di Pegoh, Melaka.

Selain itu, Honda turut menutup pusat jualan serta pengedar di seluruh Malaysia.

Honda antara jenama pengeluar kenderaan paling berjaya di peringkat global. - Foto ihsan Malay Mail
Honda antara jenama pengeluar kenderaan paling berjaya di peringkat global. - Foto ihsan Malay Mail

Bagaimanapun, khidmat selepas jualan tetap akan beroperasi seperti biasa.

Namun, para pelanggan diminta memuat turun aplikasi HondaTouch bagi membuat temu janji dan mengelak menunggu masa yang lama.

Pelanggan turut dinasihati tidak mengunjungi pusat servis tanpa membuat temu janji.

Setakat ini, Honda Malaysia menjangkakan akan memulakan semula operasi pada 15 Jun 2021.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved