Polis sebelum ini meminta orang ramai tidak menyekat aliran jalan raya kerana ia merupakan satu kesalahan trafik. - Foto oleh Ahmad Zamzahuri

Baling mercun ke arah SJR, dua lelaki direman tiga hari

BIADAP dan tidak mengenang budi.

Itu yang dapat disimpulkan terhadap tindakan dua lelaki didakwa sengaja melempar mercun ke arah anggota polis.

Kejadian berlaku ketika beberapa anggota polis sedang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Lebuh Raya Karak, kelmarin.

Memetik laporan Bernama, pada mulanya anggota polis ternampak dua suspek menaiki motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Suspek kemudian berhenti di tepi jalan berhampiran SJR sebelum salah seorang daripadanya bertindak membakar mercun dan membaling ke arah polis.

Polis kemudian mengejar dan menangkap kedua-dua suspek tidak jauh dari SJR berkenaan.

Hasil pemeriksaan, polis menemui satu paket plastik lut sinar mengandungi 14 biji mercun bola bersama satu pemetik api.

Selain itu, polis turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 dan dua topi keledar.

Ujian saringan air kencing mendapati kedua suspek bebas pengaruh dadah.

Suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang dan ditahan reman sehingga esok.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *