fbpx

UMWT jual 9,280 unit kenderaan pada April, Corolla Cross dan Harrier terlaris

Pertumbuhan jualan produk kenderaan dipercayai berpunca daripada lanjutan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sehingga 30 Jun
Pertumbuhan jualan produk kenderaan dipercayai berpunca daripada lanjutan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sehingga 30 Jun.

UMW Toyota Motor (UMWT) meneruskan momentum positif selepas berjaya memasarkan lebih 9,280 unit bagi Toyota dan Lexus pada April.

Perkembangan itu dipercayai susulan daripada lanjutan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan berakhir pada 30 Jun depan.

Menerusi data UMWT, model Corolla Cross dan Harrier antara mendapat permintaan tinggi pengguna.

Ia menyaksikan model import sepenuhnya (CBU) bagi Corolla Cross dan Harrier telah habis terjual.

Sementara itu, UMWT mengakui sistem pembelian secara digital turut memudahkan urusan pengguna menempah kenderaan.

“Kami (UMWT) lihat terdapat kecenderungan daripada pelanggan menggunakan platform digital bagi menempah kenderaan mereka sukai.

“Kami akan meneruskan usaha jitu dalam memantapkan platform digital untuk berurusan dengan para pelanggan di masa depan,” kata presidennya, Ravindran K.

Pelanggan berminat mendapatkan kenderaan keluaran UMWT boleh segera membuat tempahan.

Sempena Hari Raya Aidilfitri, para pelanggan bakal menikmati ganjaran berganda jika mendapatkan mana-mana kenderaan keluaran syarikat itu.

Pada masa sama, pelanggan juga boleh menikmati skim pembiayaan EZ Beli yang menawarkan ansuran bulanan rendah.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved