Kemalangan membabitkan sekumpulan 'mat rempit' di Bayan Lepas, Pulau Pinang tular di media sosial

‘Mat rempit’ kemalangan terkejut kehadiran peronda polis

CEMAS dengan kehadiran peronda polis, tiga ‘mat rempit’ cedera akibat berlanggar sesama sendiri ketika cuba melarikan diri.

Insiden dilaporkan berlaku di Pantai Seagate dekat Bayan Lepas, Pulau Pinang pada semalam.

Memetik status Facebook Penang Kini, kumpulan ‘mat rempit’ berkenaan pada mulanya berbuka puasa di sebuah kedai berhampiran kawasan terbabit.

Kumpulan tersebut kemudian didakwa ingin memulakan perlumbaan selepas selesai berbuka puasa.

Bagaimanapun, kehadiran pihak polis yang sedang melakukan rondaan di kawasan itu membuatkan kumpulan terbabit cemas dan cuba melarikan diri.

Kemalangan membabitkan 20 buah motosikal dan mereka yang terlibat mengalami kecederaan pada bahagian muka, kaki dan tangan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *