fbpx

Senarai rakyat Malaysia pemurah, sedia khidmat kenderaan percuma

Model Perodua Kancil yang digunakan untuk membawa pesakit ke hospital secara percuma
Model Perodua Kancil yang digunakan untuk membawa pesakit ke hospital secara percuma.

SIKAP saling membantu sesama insan tidak dinafikan merupakan amalan murni dan amat dituntut dalam kehidupan bermasyarakat.

Amat bertuah, Malaysia tidak ketandusan memiliki insan mulia yang sanggup berkorban demi membantu individu dalam kesusahan.

Baru-baru ini misalnya, tular di media sosial usaha seorang individu di Sabah menyediakan perkhidmatan kereta percuma untuk membawa pesakit mendapatkan rawatan di hospital.

Perkhidmatan percuma itu bukan sahaja mendapat pujian masyarakat, malah turut memberi inspirasi kepada ramai insan lain.

Sebagai penghormatan, artikel kali ini EnGear senaraikan beberapa usaha orang ramai yang memberi perkhidmatan kenderaan percuma kepada insan memerlukan.

Perkhidmatan van jenazah percuma disediakan oleh Noorkhiriah dan suami
Perkhidmatan van jenazah percuma disediakan oleh Noorkhiriah dan suami.

Perkhidmatan van jenazah percuma

Pelakon Noorkhiriah dan suami menyediakan perkhidmatan van jenazah percuma kepada umat Islam yang memerlukan.

Mengakui ia sebagai sebahagian ‘bekalan’ akhirat, Noorkhiriah dan suami berharap usaha itu dapat membantu mereka dalam kesusahan.

Mewakafkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Hyundai tahun lalu, pelakon itu tekad untuk terus berbakti kepada masyarakat.

Uncle Kentang terkenal dengan sifatnya suka mebantu insan kesusahan
Uncle Kentang terkenal dengan sifatnya suka mebantu insan kesusahan.

Perkhidmatan ambulans percuma

Siapa tidak kenal aktivis masyarakat Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang?

Tahun lalu, Uncle Kentang dan pasukannya berjaya mengumpul dana RM150,000 bagi membeli sebuah van yang dijadikan sebagai ambulans.

Ambulans berkenaan digunakan bagi menghantar pesakit ke hospital secara percuma di sekitar Lembah Klang.

Perkhidmatan kereta percuma kepada insan memerlukan untuk ke hospital

Perkhidmatan kereta ke hospital

Pada 2017, seorang pemuda bernama Wan Muhiddin Asyrafi Wan Baharunddin tampil menawarkan perkhidmatan kereta percuma bagi golongan rentan untuk ke hospital.

Perkhidmatan kereta percuma itu beroperasi merangkumi kawasan Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pasir Mas.

Paling menakjubkan, ia adalah kerja amal pertama di Kelantan yang menawarkan perkhidmatan penghantaran ulang alik ke hospital secara percuma!

Kesimpulannya, ada ramai rakyat Malaysia yang berbaik hati untuk melakukan kerja amal.

Namun, ia tidak bererti kita harus berpeluk tubuh dan membiarkan golongan memerlukan terus dihimpit kesusahan.

Maka, mulai saat ini ayuh kita sama-sama tampil melakukan kerja amal demi kesejahteraan bersama!

Selamat beramal!!!

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved