fbpx

Pelbagai sektor ekonomi beroperasi semula, polis tingkat rondaan lebuh raya

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang jalan raya
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang jalan raya.

USAHA pemantauan pihak polis di lebuh raya seluruh negara dipertingkatkan selepas hampir kesemua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi semula.

Susulan itu, elemen Peronda Lebuh Raya (EMPV) Polis Diraja Malaysia (PDRM) digerakkan ke semua sektor lebuh raya.

Memetik laporan Bernama, rondaan itu bertujuan memantau keadaan sekaligus membantu menyuraikan kesesakan lalu lintas.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya mengesan peningkatan aliran trafik di semua lebuh raya dan jalan utama seluruh negara.

Unit EMPV digerak bagi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan jalan raya termasuk rondaan cegah kemalangan serta pemantauan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Sebelum ini, kerajaan memansuhkan syarat 30 peratus kehadiran pekerja di pejabat bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Operasi sektor swasta turut dibenarkan 100 peratus bagi bahagian pengurusan, penyelia dan bahagian operasi serta sokongan.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved