fbpx

Rentas negeri: PDRM tetap syarat hanya Isnin hingga Khamis

Polis akan terus memperketatkan kawalan susulan peningkatan kes Covid-19 seluruh negara
Polis akan terus memperketatkan kawalan susulan peningkatan kes Covid-19 seluruh negara.

SEBARANG pergerakan rentas negeri bagi tujuan pekerjaan, perubatan dan pendidikan hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis sahaja.

Arahan dikeluarkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas mengambil kira situasi pandemik Covid-19 yang kembali serius.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya akan terus memperketatkan kawalan sebagai usaha mengekang penularan pandemik Covid-19, lapor Bernama.

Kes Covid-19 seluruh negara menunjukkan peningkatan sejak beberapa hari lalu.

Semalam, lebih 2,078 kes Covid-19 dicatatkan seluruh negara dengan lapan kematian.

Terdahulu, Acryl Sani berkata rentas negeri hanya dibenarkan bagi individu mempunyai urusan kecemasan, kematian dan pasangan jarak jauh.

Bagaimanapun, rentas negeri bagi tujuan kecemasan dan kematian yang dibenarkan hanya melibatkan ahli keluarga terdekat.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2021 © ENGEAR TV | All Rights Reserved