Kelihatan sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit bocor akibat terlanggar penghadang besi di Plaza Tol Juru, Pulau Pinang

Lori tangki kemalangan, Plaza Tol Juru ‘dibanjiri’ minyak sawit

KEMALANGAN membabitkan sebuah lori tangki minyak sawit menyebabkan kesesakan luar biasa di Plaza Tol Juru arah utara dekat Seberang Perai.

Memetik laman Facebook Penang Kini, insiden berlaku selepas lori terbabit dikatakan terlanggar penghadang besi plaza tol berkenaan.

Menerusi foto dikongsi di media sosial, kelihatan kawasan sekitar kemalangan dilimpahi minyak sawit susulan berlaku kebocoran pada tangki muatan lori itu.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berwajib berhubung insiden itu.

Bagaimanapun, di media sosial rata-rata orang ramai mempersoalkan tindakan pemandu lori yang didakwa cuai.

Terdapat juga individu meluahkan rasa simpati kepada pemandu lori yang berkemungkinan dikenakan tindakan oleh pihak majikan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *