Sebuah tren komuter tergelincir berhampiran Stesen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), semalam

Komuter terkeluar landasan, 70 penumpang selamat

KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengesahkan kejadian sebuah tren komuter terkeluar dari landasan berhampiran Stesen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), semalam.

KTMB dalam satu kenyataan berkata, ketika kejadian terdapat lebih 70 penumpang dalam tren berkenaan.

Ketua Pegawai Operasi KTMB Mohd Zain Mat Taha bagaimanapun berkata, tiada kemalangan jiwa melibatkan kakitangan atau orang awam dalam insiden terbabit.

Insiden menyebabkan perkhidmatan komuter mengalami kelewatan bagi perjalanan dari Stesen Batu Caves menuju ke Stesen Sungai Gadut.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-22671200 atau menerusi saluran media sosial KTMB.

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *