10 jentera terbesar di dunia – kren, jentolak, kapal terbang, jengkaut, semua ada!
ANDA mahu mengetahui beberapa jentera terbesar di dunia? Anda berada di artikel yang betul. Senarai berikut akan menampilkan beberapa jentera gergasi seperti kenderaan pembinaan, kapal, pesawat, dan jentera perlombongan.
Teruskan membaca dan tambah pengetahuan anda.
1. Giant Bucket Wheel Excavator
Giant Bucket Wheel Excavator ialah jentera kedua terbesar di dunia, dengan nama Bagger 293. Inilah gergasi dalam kalangan jentera besar. Ia dibina di Jerman pada 1995.
Jentera ini mempunyai ketinggian 96 meter dan panjang 225 meter. Ia juga mempunyai berat 14,061 tan.
2. The Prelude
Inilah The Prelude, kapal terbesar di dunia dan menjadikan Emma Maersk jatuh di tempat kedua. Ia mula ditauliahkan dan mencecah laut di Korea Selatan.
The Prelude bukanlah sebuah kapal sangat, tetapi lebih kepada sebuah fasiliti pemprosesan gas terapung. Ia mempunyai ukuran 487 meter panjang, 45 meter tinggi dan mempunyai berat 6000,000 tan.
3. Stratolaunch
Inilah pesawat terbesar di dunia, Stratolaunch. Ia didedahkan oleh Paul Allen sebelum kematiannya pada 2018. Pesawat ini mempunyai panjang sayap 117 meter dan berat 580 tan.
Ia memerlukan enam enjin untuk terbang dan direka untuk melancarkan roket dari udara ke angkasa, sebab itulah dinamakan sedemikian.
4. Belaz 75710
Jentera seterusnya dalam senarai ini memang sebuah gergasi. Dikuasakan oleh enjin diesel hibrid, Belaz 75710 dibina untuk satu tujuan sahaja – membawa tanah dan batu yang sangat banyak.
Dua enjin 16-silinder padanya membekalkan tork sebanyak 18,626Nm! Jumlah ini lebih banyak dari gabungan 20 buah trak pikap.
5. Komatsu D575A Superdozer
Komatsu D575A Superdozer ialah bulldozer (jentolak) terbesar dan paling berkuasa di dunia. Ia dikeluarkan di kilang Komatsu di Ishikawa, Jepun. Tetapi jentera gergasi ini aktif kebanyakannya di Amerika Utara dan Australia.
Jentolak gergasi ini berukuran 5 meter tinggi, 14.5 meter panjang, dan 7 meter lebar.
6. Le Tourneau L-2350
Berbelit sedikit lidah penulis hendak menyebut nama jentera ini. Apa pun, jentolak jenis wheel loader ini merupakan yang terbesar di dunia, dengan kemampuan mengangkat beban sehingga 72 tan.
Bucketnya berukuran 40.52 meter padu dan dipacu oleh enjin berkuasa 2,300hp.
7. Liebherr 9800 Mining Excavator
Inilah excavator atau jengkaut terbesar di dunia, iaitu Liebherr 9800. Ia mempunyai berat sekitar 810 tan dan kapasiti bucket 47 meter padu.
Memang besar dan padan dengan tugasnya.
8. NASA crawler transporter
NASA crawler transporter direka untuk memindahkan keseluruhan roket. Walaupun berusia 50 tahun, ia masih gagah bertugas, dengan ukurannya 40 meter panjang dan 35 meter lebar. Ia mempunyai berat 2,720 tan.
Crawler transporter ini mempunyai kelajuan setinggi 1 batu sejam (1.6km/j). Hanya dua unit transporter ini berada dalam perkhidmatan, salah satunya mempunyai perbatuan 2,207 batu (3,552km). Jauh juga dia berjalan ya!
9. Kren Taisun
Satu lagi jentera gergasi dalam senarai ini ialah sebuah kren. Semasa membina jentera besar, anda pasti perlukan kren yang lebih besar untuk membantu mengangkat komponen. Kren Taisun di pelabuhan di China ini pasti boleh membantu.
Ia dikatakan sebagai kren terbesar di dunia dengan kemampuan mengangkat beban seberat 20,000 tan.
10. Antonov An-225 Mriya
Akhir sekali dalam senarai ialah sebuah lagi kapal terbang. Antonov An-225 Mriya secara rasminya ialah kapal terbang kargo terbesar di dunia yang masih beroperasi.
Dengan ukuran 88.4 meter lebar sayap dan 84 meter panjang, An-225 mempunyai berat 285 tan semasa kosong. Untuk saiz dan berat ini, ia dipacu oleh enam enjin turbofan berkuasa, setiap satunya mempunyai 23,000kg tujahan.
Mula dikeluarkan pada 1988, An-225 mempunyai 32 tayar dan mampu membelok di landasan dengan kelebaran 60 meter.
Sentiasa berdoa agar ICE dan transmisi manual akan kekal relevan dan takkan pupus. Lebih mementingkan keseimbangan dari kuasa semata.