Triumph perkenal Bonneville T120 Elvis Presley Edition – hanya 925 unit dihasilkan
Sebagai penghargaan kepada bintang Rock and Roll, Elvis Presley, Triumph Motorcycles telah melancarkan Triumph Bonneville T120 edisi terhad.
Hanya terhad kepada 925 unit untuk pasaran dunia, Triumph Bonneville T120 Elivs Presley Edition itu mengambil inspirasi daripada persembahan ikonik Elvis ketika ‘Comeback Special’ 1968.
Konsep persembahan itu jelas terpakai pada imej yang diguna pakai Triumph bagi T120 Elvis Presley Edition ini.
Tulisan ELVIS dalam warna keemasan serta tanda tangan Elvis boleh didapati di bahagian atas tangki manakala fender depan pula menempatkan logo ‘Taking Care of Business in a Flash’ (TCB).
Dalam pada itu, pemilihan warna merah sebagai warna utama diilhamkan dari motosikal Bonneville yang dikustom oleh J Daar sempena kutipan derma oleh Elvis Presley Charitable Foundation pada tahun 2023.
Untuk rekod, Triumph Bonneville T120 Elvis Presley Edition ini dikuasakan enjin parallel-twin 1200cc 8-valve SOHC dengan ‘270-degree crank’ yang berupaya menajana 78.9hp pada 6,550rpm dan 105Nm pada 3,500rpm.
Namun, kami berasakan peminat Elvis tidak akan menghiraukan soal spesifikasi Bonneville T120 ini sebaliknya lebih memfokuskan elemen yang ditawarkan model edisi terhad tersebut.
3079 134627You created some respectable points there. I looked on the internet for the problem and located many people will go along with together with your internet site. 629509
425599 173208Real instructive and wonderful anatomical structure of articles , now thats user pleasant (:. 108578
931450 897299There is noticeably a great deal of money to comprehend this. I assume you made certain nice points in features also. 950548