fbpx

Konsisten perangi perkauman, Hamilton terima anugerah Laureus

Pelumba Formula Satu (F1) Lewis Hamilton tekad untuk terus membasmi perkauman terutama dalam sukan
Pelumba Formula Satu (F1) Lewis Hamilton tekad untuk terus membasmi perkauman terutama dalam sukan.

PELUMBA Formula Satu (F1) Lewis Hamilton berjaya merangkul Anugerah Laureus World Sportsman of the Year.

Atlet kelahiran United Kingdom (UK) itu menerima anugerah tersebut atas usaha berterusan memerangi perkauman dan ketidaksamaan dalam masyarakat.

Hamilton merupakan atlet pertama menerima anugerah itu memandangkan ia merupakan anugerah baharu di bawah label Anugerah Sukan Dunia Laureus.

Sebelum ini, juara dunia tujuh kali itu sangat lantang dalam memperjuangkan kesamarataan antara kaum.

Antara usaha dilakukan Hamilton termasuk menubuhkan suruhanjaya bertujuan memastikan sukan sebagai platform untuk semua masyarakat tanpa mengira budaya dan latar belakang.

Suruhanjaya ini turut mengkaji faktor penghalang terhadap penglibatan individu kulit hitam dalam arena sukan permotoran di UK.

Pada masa sama, suruhanjaya ini turut mencari jalan penyelesaian agar tindakan perkauman dapat dihentikan dalam sukan terutama membabitkan bidang permotoran.

Walau apa pun, tahniah Hamilton atas keberanian dan keprihatinan terhadap isu perkauman!

Semoga lebih ramai atlet seperti Hamilton yang terus berminat untuk menyumbang usaha murni kepada masyarakat.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2021 © ENGEAR TV | All Rights Reserved