fbpx

SUV paling selamat, Volvo XC40 Recharge terima penarafan TSP+

Volvo XC40 Recharge bukan sahaja mempunyai ciri keselamatan tinggi malah, mempunyai kuasa enjin yang terbaik
Volvo XC40 Recharge bukan sahaja mempunyai ciri keselamatan tinggi malah, memiliki kuasa enjin yang terbaik.

KENDERAAN elektrik Volvo XC40 Recharge diiktiraf sebagai Top Safety Pick+ (TSP+) daripada Institut Insurans untuk Keselamatan Lebuh Raya Amerika Syarikat (IIHS).

Ini menjadikan Volvo XC40 Recharge sebagai model tunggal mencapai TSP+ dalam kelasnya tersendiri.

Volvo XC40 Recharge juga merupakan kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik pertama diiktiraf TSP+ sejak penarafan itu diperkenalkan pada 2013.

Tahun ini sahaja, Volvo telah menerima 15 TSP+ bagi produknya yang lain iaitu pada Februari, Mac dan April.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Volvo Car USA Anders Gustafsson berkata, kejayaan diperoleh syarikat itu adalah disebabkan kecanggihan teknologi keselamatannya.

“Volvo mempunyai sistem keselamatan yang canggih dalam memastikan tahap keselamatan tinggi apabila berdepan kemalangan.

“Kami bangga kerana banyak produk menerima pengiktirafan IIHS memandangkan kejayaan ini tidak diperoleh mana-mana syarikat pengeluar kenderaan lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Berikut antara model Volvo lain yang telah menerima penarafan TSP+:

    • Volvo S90 Recharge
    • Volvo V90
    • Volvo V90 Cross Country
    • Volvo V60 Cross Country
    • Volvo S60
    • Volvo S60 Recharge
    • Volvo V60
    • Volvo V60 Recharge
    • Volvo XC40
    • Volvo XC60
    • Volvo XC60 Recharge
    • Volvo XC90
    • Volvo XC90 Recharge
Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved