ZXMOTO 820RR sedia di pasaran Malaysia mulai Isnin ini, harga RM39,888

ZXMOTO 820RR 2027

ZXMOTO Malaysia mengumumkan jentera 820RR bakal tersedia di pasaran Malaysia mulai Isnin ini.

Ia diperkenalkan secara rasmi sempena Mforce Mid-Autumn Gala Dinner 2026 yang berlangsung September lalu.

Hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Eclipse Black, Ghost White dan Rebel Red, model ini djual pada harga RM39,888.

Spesifikasi

ZXMOTO 820RR dikuasakan oleh enjin tiga-silinder 818.8 cc menghasilkan 135 hp @ 12,000 rpm dan 80 Nm @ 9,500 rpm.

Suspensi terdiri daripada fork hadapan yang boleh laras sepenuhnya, diikuti penyerap hentak tunggal yang hadir dengan fungsi larasan penuh.

Brek pula menggunakan rotor berkembar 320 mm terapung dan angkup empat omboh di depan, dibantu dengan rotor tunggal 220 mm dan angkup dua-omboh di belakang.

820RR turut hadir dengan teknologi yang diambil daripada litar perlumbaan seperti sistem injap ekzos, sistem kemasukan udara RAM Air, serta sudut rake dan sudut anti-squat yang boleh dilaras.

Ciri kawalan elektronik pula terdiri daripada unit pengukuran inersia (IMU) enam-paksi, ABS dua-saluran, kawalan cengkaman, ciri quickshifter dua-arah, 5-mod tunggangan, kawalan jelajah serta Launch Control.

Ciri lain yang disertakan termasuklah:

  • Sistem permulaan tanpa kunci
  • Skrin paparan TFT berwarna
  • Sokongan aplikasi pihak ketiga EYLink
  • Port pengecas USB
  • Rim aloi aluminium 17 inci
  • Tinggi pelana 825 mm
  • Tangki bahan api 18 liter
  • Lampu LED

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2026 © ENGEAR TV | All Rights Reserved