VOGE SR450X kini rasmi di Malaysia, harga RM29,888

VOGE SR450X 2027

VOGE Malaysia secara rasmi mengumumkan ketibaan skuter kembara VOGE SR450X untuk pasaran tempatan.

Terdapat dalam tiga pilihan warna (Alpine Green, Cosmic Blue dan Onyx Black), skuter ini ditawarkan pada harga RM29,888 atas jalan tanpa insurans dan cukai jalan.

Spesifikasi

VOGE SR450X dipacu enjin dua-silinder 398 cc sejukan cecair menghasilkan kuasa 41.6 hp @ 8,000 rpm dan daya kilas 42 Nm @ 5,750 rpm.

Tetapan suspensi terdiri daripada fork teleskopik 37 mm KYB jenis terbalik boleh laras sepenuhnya di depan, dibantu penyerap hentak berkembar KYB dengan larasan prabeban dan mampatan.

Jarak pergerakan roda pula masing-masing 122 mm dan 123 mm.

Sistem brek menggunakan rotor tunggal terapung 300 m dan angkup empat omboh J.Juan di depan, diikuti rotor tunggal 240 mm dan angkup empat omboh NISSIN di belakang.

Ciri keselamatan termasuklah:

  • ABS dua-saluran
  • Sistem Kawalan Cengkaman (TCS)
  • Sistem Pengesanan Titik Buta (BSM)
  • Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)
  • kamera perakam tunggangan depan & belakang

Antara ciri lain yang dimuatkan:

  • rim jejari 17 inci
  • tinggi pelana 795 mm
  • tangki bahan api 18 liter
  • skrin paparan TFT 7-inci dengan sokongan Bluetooth dan aplikasi Carbit
  • sistem pencahayaan LED penuh
  • port pengecasan USB Type A & Type-C
  • panel penghadang angin larasan elektrik
  • pemanas grip dan pelana

Bagi menyokong aktiviti pengembaraan, VOGE SR450X hadir dengan kelengkapan seperti pelindung tangan, lampu kabus, pelapik kaki anti-gelincir, serta palang pelindung.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2026 © ENGEAR TV | All Rights Reserved