Mitsubishi Malaysia jamin nilai jualan semula Xforce sehingga 60% selepas 5 tahun
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) memperkenalkan kempen Guaranteed Resale Value (GRV) untuk Xforce, menawarkan jaminan nilai jualan semula sehingga 60% daripada harga atas jalan selepas lima tahun.
Kempen dengan kerjasama Maybank dan Maybank Islamic Berhad ini terhad kepada 200 pelanggan pertama yang layak melalui pembiayaan berkenaan.
Menjelang penghujung tahun kelima, pelanggan boleh memilih:
- GRV 60%: Jual semula Xforce kepada MMM dan beli sebuah lagi kenderaan Mitsubishi
- GRV 45%: Jual semula Xforce kepada MMM tanpa membeli kenderaan Mitsubishi lain
Pelanggan tidak diwajibkan menggunakan pilihan tersebut dan boleh terus menyimpan atau menjual sendiri kenderaan mereka.
Kempen ini turut disertakan upah servis percuma lima tahun serta jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, bagi memberikan lebih keyakinan sepanjang pemilikan dan memudahkan perancangan pembelian kenderaan seterusnya.
Kelayakan GRV tertakluk kepada syarat servis, keadaan kenderaan, perbatuan serta terma kempen lain.
Jaminan kenderaan pula tertakluk kepada terma berasingan.
Maklumat lanjut boleh diperoleh di bilik pameran sah Mitsubishi Motors atau melalui perunding jualan.
Seorang yang minat memandu kereta manual, namun lebih gemar memilih skuter automatik. Faktor usia, mungkin.
