MDua Motor Sdn Bhd mengumumkan varian skuter MODA Sporter S SKII edisi khas (SE) untuk pasaran Malaysia.
Varian dengan warna Black Cayenne dengan jalur merah ini dijual pada harga bermula dari RM18,298.
Sebagai perbandingan, versi standard Sporter S SKII dijual pada harga RM17,998.
Spesifikasi asas kekal
Sporter S SKII masih lagi mengekalkan enjin silinder tunggal 244 cc sejukan cecair menghasilkan 24.8 hp @ 8,500 rpm dan 22.5 Nm @ 6,500 rpm.
Tetapan suspensi terdiri daripada fork teleskopik di depan, dibantu dengan penyerap hentak berkembar yang telah dinaik taraf, lengkap dengan sub-tangki.
Ia turut hadir dengan ciri-ciri seperti:
- sistem brek cakera depan dan belakang
- skrin paparan TFT 7-inci
- suis pelbagai guna pada bar hendal
- kamera perakam tunggangan HD (hadapan)
- penghadang angin boleh laras elektronik
- winglet aerodinamik
- tangki bahan api 13 liter
Ciri keselamatan pula terdiri daripada ABS dua-saluran, kawalan cengkaman (TCS) dan sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS).
MODA Sporter S SKII
