Kawasaki Malaysia pamer Ninja ZX-10RR & Ninja H2 Carbon di MotoGP 2026, harga dari RM169,900

Edaran Modenas Sdn Bhd mempamerkan dua model yang dipamerkan di GP Malaysia PETRONAS 2026, iaitu Kawasaki Ninja ZX-10RR dan Ninja H2 Carbon 2026.

Harga jualan adalah seperti berikut:

  • Ninja ZX-10RR – RM169,900
  • Ninja H2 Carbon – RM199,900

Kawasaki Ninja ZX-10RR

Jentera supersports ini hanya ditawarkan sebanyak 500 unit sahaja untuk satu dunia.

Ia dipacu enjin empat silinder sebaris 998 cc menghasilkan kuasa 214 hp @ 14,000 rpm dan daya kilas 112 Nm @ 11,700 rpm.

Enjin tersebut menampilkan rod penyambung titanium Pankl serta omboh ringan khas untuk respons yang lebih baik.

Kuasa disalurkan kepada roda menerusi kotak gear 6-kelajuan dibantu dengan Kawasaki Quick Shifter (KQS) dua arah.

Suspensi pula terdiri daripada fork hadapan Showa 43 mm boleh laras sepenuhnya, diikuti penyerap hentak Showa BFRC-Lite juga boleh laras sepenuhnya.

Ia turut hadir dengan ciri bantuan elektronik seperti:

  • Kawasaki Cornering Management Function (KCMF)
  • Kawalan Cengkaman Sport (S-KTRC)
  • Launch Control (KLCM)
  • Engine Brake Control
  • Kawalan Jelajah

Ninja ZX-10RR hadir dalam warna eksklusif Lime Green.

Kawasaki Ninja H2 Carbon

Berbeza dengan Ninja H2 standard, H2 Carbon menampilkan komponen reraup karbon ringan yang dipinjam daripada Ninja H2R.

Ia masih mengekalkan enjin 4-silinder 998 cc dengan unit pengecas lampau (supercharger) menghasilkan kuasa maksimum 240 hp (dengan bantuan RAM Air) dan daya kilas 142 Nm @ 11,000 rpm.

Tetapan suspensi terdiri daripada fork jenis terbalik 43 mm boleh laras sepenuhnya, diikuti penyerap hentak tunggal Uni-Trak juga boleh laras sepenuhnya.

Ciri bantuan elektronik yang disertakan termasuklah:

  • Kawalan Cengkaman (KTRC)
  • Launch Control
  • Cornering Management Function (KCMF)
  • Kawalan Jelajah
  • Engine Brake Control

Kawasaki Ninja H2 Carbon hanya ditawarkan dalam warna Matt Spark Black/Candy Flat Blazed Green.