Bertempat di OMODA | JAECOO International User Summit di Wuhu, China, Chery Group memperlihatkan Omoda X Concept.
SUV ini bakal memberikan saingan kepada Toyota RAV4.
Bahasa rekaan “Crossvolution”
Omoda X menggunakan pendekatan bahasa rekaan “Crossvolution” yang mengambil ilham daripada budaya mecha manga dan anime Jepun.
Pengaruh tersebut boleh dilihat menerusi rekaan badan bersegi, rim aloi tiga jejari berukuran 19 inci, serta grafik lampu LED yang tajam.
Selain itu, ia turut tampil dengan rekaan gerbang roda berpetak, penggunaan tayar all-terrain, pelindung bawah badan kemasan ala aluminium dan rel bumbung.
Kabin futuristik
Omoda X menjanjikan konsep dalaman “Mecha Command Cockpit” dengan susun atur yang diinspirasikan daripada pesawat, serta konsol tengah terapung berbentuk X.
Tidak ketinggalan, ciri seperti skrin kluster 10.25 inci, skrin infohibur 13.2 inci, serta 39 ruang penyimpanan yang tersedia.
Dimensi
Dengan ukuran panjang 4,654 mm long, lebar 1,920 mm dan tinggi 1,702 mm, Omoda X memiliki saiz yang hampir sepadan dengan SUV seperti:
- Toyota RAV4
- Subaru Forester
- Honda CR-V
- Mazda CX-5
Selain itu, ia menawarkan jarak kelegaan tanah setinggi 200 mm dan keupayaan meredah air sedalam lebih 700 mm.
Kapasiti tunda pula adalah sekitar 1,800 kg.
Sistem penglihatan malam
Antara tarikan utama Omoda X ialah sistem penglihatan malam yang menggunakan pengimejan terma inframerah, pertama ditampilkan pada produk Chery.
Sistem yang biasanya wujud pada SUV yang lebih mahal ini dikatakan mampu mengesan haiwan liar dan pejalan kali pada jarak sehingga 90 meter.
Ini memberikan lebih masa untuk pemandu bertindak dalam keadaan pencahayaan yang kurang.
Pilihan BEV, HEV & PHEV
Spesifikasi kuasa, bateri dan jarak pemanduan masih belum diperincikan.
Bagaimanapun, Chery mengesahkan Omoda X hadir dalam pilihan BEV, HEV dan PHEV dengan konfigurasi pacuan roda hadapan atau semua roda.
Sistem X-Mode turut membolehkan pemandu menyesuaikan tetapan dan prestasi mengikut keutamaan masing-masing.
