OMODA | JAECOO Malaysia anjur pertandingan kemahiran teknikal, perkukuh khidmat selepas jualan
OMODA | JAECOO Malaysia memperkukuh keupayaan rangkaian selepas jualannya menerusi Pertandingan Kemahiran Teknikal OMODA | JAECOO 2026.
Ia bertujuan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan keyakinan pelanggan sepanjang pemilikan kenderaan.
Platform uji pengetahuan
Pertandingan ini menyediakan platform kepada juruteknik untuk mengasah pengetahuan teknikal, keupayaan diagnosis serta kemahiran membaiki kenderaan, seiring perkembangan teknologi automotif.
Aspek keselamatan dan kualiti perkhidmatan turut menjadi tumpuan dalam usaha memastikan pelanggan menerima sokongan selepas jualan yang berkualiti.
Ketua OMODA | JAECOO Malaysia, Chris Tan berkata, pengalaman pemilikan yang baik perlu diteruskan selepas pelanggan menerima kenderaan, termasuk dalam setiap urusan bersama pasukan selepas jualan.
“Kami terus memperkukuh pengetahuan dan keupayaan pasukan supaya pelanggan lebih yakin terhadap perkhidmatan serta sokongan yang diterima,” katanya.
Penilaian teori dan praktikal
Pertandingan ini menghimpunkan juruteknik daripada rangkaian pusat servis jenama berkenaan, di mana peserta dinilai melalui ujian teori dan praktikal.
Selain mengiktiraf bakat teknikal cemerlang, program ini turut menggalakkan pembangunan profesional secara berterusan.
Bertemakan “Mengasah Kemahiran, Membentuk Masa Depan”, inisiatif tersebut menyokong pembangunan tenaga teknikal dan peningkatan keupayaan servis seiring peluasan rangkaian OMODA | JAECOO di Malaysia.
Sehingga kini, OMODA | JAECOO Malaysia mempunyai 56 cawangan yang menyediakan sokongan jualan dan selepas jualan seluruh negara.
Seorang yang minat memandu kereta manual, namun lebih gemar memilih skuter automatik. Faktor usia, mungkin.


