Minyak enjin Valvoline Champ dilancar di Malaysia untuk motosikal dan skuter
Valvoline Global Operations melancarkan rangkaian minyak enjin Valvoline Champ untuk pasaran Malaysia.
Rangkaian produk terbaharu ini diformulasi untuk kegunaan motosikal dan skuter dalam cuaca tropika, trafik sesak serta perjalanan jauh.
Menurut Valvoline, rangkaian ini dibangunkan untuk menangani suhu tinggi, mengurangkan pembentukan mendapan dan mengekalkan prestasi enjin mengikut keperluan tunggangan.
Pilihan untuk motosikal empat lejang
Berikut merupakan rangkaian produk Valvoline Champ yang dilancarkan:
Champ 4T Ultra Racing
- direka khas untuk tunggangan berprestasi tinggi dan jarak jauh, menampilkan Power Booster Technology
- menawarkan pecutan responsif, kawalan tunggangan yang diperhalusi dan ketahanan berpanjangan yang memberikan perlindungan maksimum
- hadir dalam gred kelikatan 10W-40 & 10W-50
Champ 4T Extra
- direka untuk kegunaan tunggangan harian, terutama mereka yang perlu mengharungi kesesakan trafik dalam bandar
- dilengkapi XTRA Clean Technology, ia menawarkan keupayaan pembersihan dalaman, meningkatkan tindak balas pendikit dan memanjangkan jangka hayat enjin
- ditawarkan dalam pek 1 liter yang praktikal
- tersedia dalam gred kelikatan 10W-40 & 15W-50
Champ 4T
- menawarkan pelindungan menyeluruh terhadap kehausan enjin dan ketahanan pada suhu tinggi
- sesuai untuk penunggang harian serta motosikal empat lejang yang lama
- tersedia dalam gred kelikatan Premium 20W-40 & 20W-50 dan 20W-40
Rangkaian khusus untuk skuter
Selain minyak enjin untuk motosikal, Valvoline turut menawarkan pilihan produk untuk skuter, seperti berikut:
Champ 4T Ultra Scooter
- dilengkapi Power Booster Technology, ia diformulasi untuk memaksimumkan penjimatan bahan api, perlindungan haba dan menambah baik penyaluran kuasa
- hadir dalam gred kelikatan 5W-40
- pek bersaiz 0.8 liter
Champ 4T Extra Scooter
- dilengkapi XTRA Clean Technology untuk mengekalkan kebersihan enjin, memastikan saluran kuasa yang lancar, dan meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api
- tersedia dalam gred kelikatan 10W-30 dan 10W-40
Champ 4T Premium Scooter
- menawarkan perlindungan enjin daripada kehausan, serta prestasi yang konsisten
- khusus untuk tunggangan harian dalam jarak dekat
- hadir dalam gred kelikatan 10W-30 dan 10W-40
Produk Valvoline Champ ini diedarkan oleh Vanli Group dan boleh didapati di bengkel, kedai runcit, dan pusat servis sah di seluruh negara.
Sempena pelancaran, Vanli Group turut menaja 1,000 botol minyak enjin Valvoline kepada rakan pemandu Lalamove bagi menyokong keperluan penyelenggaraan komuniti penghantaran.
Seorang yang minat memandu kereta manual, namun lebih gemar memilih skuter automatik. Faktor usia, mungkin.

