Mitsubishi Xforce bawa ‘awan hujan’ ke lokasi terpilih, peluang menang hadiah eksklusif

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) melancarkan kempen terbaharu yang menampilkan Xforce dengan muatan ‘awan hujan’.

Kempen Mitsubishi Xforce Roving Cloud ini merupakan pengalaman interaktif yang memaparkan keupayaan pemanduan jalan basah SUV tersebut.

Awan bergerak ini dilengkapi dengan mekanisme titisan air aktif yang menggambarkan keyakinan pemanduan Xforce ketika hujan, disumbangkan oleh ciri Wet Mode dan sistem Active Yaw Control (AYC).

Lokasi terpilih

Bermula 16 Oktober hingga 29 November, Xforce Roving Cloud ini akan singgah di beberapa lokasi terpilih seperti berikut:

  • 16 Oktober: Subang Jaya
  • 17 Oktober: Shah Alam
  • 18 Oktober: Klang
  • 23 Oktober: Petaling Jaya
  • 24 Oktober: Mont Kiara
  • 25 Oktober: Kepong
  • 30 Okt-1 Nov: ACE Setia Alam
  • 13 November: Taman Desa
  • 14 November: Bukit Bintang
  • 15 November: Setapak
  • 20 November: Puchong
  • 21 November: Bukit Jalil
  • 22 November: Cheras
  • 27-29 Nov: Karnival Jom Heboh + Stadium Merdeka

Pertandingan Snap & Win

Orang ramai juga dijemput untuk menyertai pertandingan Xforce Roving Cloud: Snap & Win.

Caranya mudah sahaja:

  1. Cari Xforce Roving Cloud
  2. Ambil gambar
  3. Kongsikan di Istagram atau Facebook Stories bersama tanda pagar #XforceRovingCloud
  4. Pastikan ikut dan tag sekali akaun rasmi Mitsubishi Motors Malaysia

Pertandingan ini akan berlangsung dalam dua fasa, iaitu Fasa 1 (16 Oktober-1 November) dan Fasa 2 (13-30 November).

Pemenang akan diumumkan pada 6 November dan 3 Disember 2026.

20 penyertaan terbaik akan memenangi hadiah eksklusif bernilai sehingga RM10,000 seperti:

  • peralatan perkhemahan
  • kerusi utiliti Poler
  • katil angin
  • kotak penyejuk
  • pin Touch ‘n Go bernilai RM50