Sika jalankan ujian rempuhan cermin hadapan automotif pertama secara langsung di Malaysia

Sika Malaysia

Sika baru-baru ini menganjurkan ujian rempuhan cermin hadapan secara langsung di Makmal PC3 MIROS, Melaka.

Ujian ini turut diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai ujian pelanggaran cermin hadapan automotif yang pertama diadakan di Malaysia pada tahun ini.

Pamer peranan sebenar cermin hadapan

Menurut Sika, ujian ini dilakukan bagi menunjukkan peranan cermin hadapan yang dipasang dengan betul dapat membantu melindungi penumpang dalam situasi yang tidak dijangka.

Untuk demonstrasi, sebuah kereta penumpang jenis Perodua Ativa diuji dalam pelanggaran penuh pada kelajuan 48 km/j.

Ujian ini menunjukkan cermin hadapan yang dilekatkan dengan betul kekal pada tempatnya, menyokong beg udara yang diaktifkan serta mengekalkan integriti kabin.

Selain itu, ia juga membantu mengelakkan penumpang daripada tercampak keluar.

Risiko cermin hadapan tercabut berpunca daripada penggunaan pelekat yang tidak sesuai atau pelekat yang belum kering sepenuhnya.

Menurut Sika, iklim panas lembap Malaysia juga turut memberikan kesan dan menjadikan kemahiran pemasang lebih kritikal.

Menurut Daphne Wong, Ketua Automotif dan Industri Sika Malaysia berkata, “Cermin hadapan ialah komponen keselamatan, tetapi ramai yang menukar berdasarkan harga dan kelajuan kerja.

“Pelekat dan mutu pemasangan sama penting kerana itulah yang memastikan kaca kekal terikat ketika kemalangan.

“Kami pilih untuk tunjukkan secara langsung supaya tiada keraguan tentang betapa pentingnya kualiti pemasangan,” ujarnya lagi.

Sika menggunakan pelekat SikaTack Drive yang menawarkan tempoh pegun minimum drive away time (MDAT) sepantas 60 minit.

Ia kemudian diuji menggunakan patung ujian 95th percentile mengikut piawaian FMVSS 212 yang menilai sama ada cermin hadapan kekal terikat ketika kemalangan.

Sika telah membangunkan teknologi pelekat cermin hadapan sejak 1980 dan menjalankan lebih 80 ujian rempuhan bagi memastikan keselamatan penumpang selepas penggantian cermin hadapan.

Kempen Sika Certified Auto Glass Installer 

Pelekat SikaTack DRIVE boleh didapati melalui rangkaian pemasang bertauliah Sika di Malaysia, info lanjut di laman web https://mys.sika.com/en/safe-auto-glass-replacement.html

Sika turut menjalankan kempen yang menggalakkan pemilik memilih bengkel yang bertauliah untuk penggantian cermin hadapan yang selamat.

Bermula 15 September hingga 31 Disember 2026, pelanggan yang menukar cermin hadapan di bengkel bertauliah boleh menyertai cabutan bulanan bertuah.

Tiga pemenang setiap bulan akan menerima kad petrol bernilai RM100.

 

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2026 © ENGEAR TV | All Rights Reserved