Penganjur RXZ Members bertemu JPJ, jadual perjalanan dan penutupan sementara LPT antara cadangan penambahbaikan

RXZ Members

Penganjur RXZ Members dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengadakan sesi libat urus bagi membincangkan penambahbaikan untuk penganjuran acara tersebut pada masa akan datang.

Dalam sesi berkenaan, aspek keselamatan menjadi antara perkara utama yang diberi perhatian, dengan penganjur menyatakan komitmen untuk memastikan tiada lagi kemalangan maut berlaku pada penganjuran akan datang.

RXZ Members mahu penganjuran lebih selamat

RXZ MembersMenerusi perkongsian di media sosial, RXZ Members memaklumkan sesi libat urus akan diteruskan bagi memastikan acara akan datang dapat dianjurkan dengan lebih teratur dan profesional.

Kempen keselamatan jalan raya juga akan dijalankan secara berterusan, selain menggalakkan peserta mengamalkan budaya menunggang yang lebih matang dan bertanggungjawab.

Jadual perjalanan peserta akan disediakan

RXZ MembersAntara cadangan yang dibincangkan ialah penyediaan Time Travel Advisory (TTA) atau jadual perjalanan bagi membantu peserta merancang perjalanan ke RXZ Members serta melancarkan pergerakan mereka.

LPT mungkin ditutup sementara

Penganjur turut mencadangkan kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) supaya Lebuhraya Pantai Timur (LPT) ditutup sementara bagi memberi laluan kepada peserta RXZ Members.

Bagaimanapun, cadangan tersebut masih di peringkat perbincangan dan akan dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada penambahbaikan untuk penganjuran akan datang.

RXZ MembersPendaftaran dalam talian diwajibkan

Sebelum ini, JPJ mengarahkan penganjur menyediakan platform pendaftaran dalam talian bersyarat bagi memastikan aspek keselamatan dan pematuhan undang-undang diberi keutamaan.

Peserta perlu mengesahkan lesen memandu, LKM dan insurans yang sah, selain memuat naik empat gambar motosikal dari pandangan hadapan, belakang, kiri dan kanan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2026 © ENGEAR TV | All Rights Reserved