Bike Continent Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama Lambretta di Malaysia memperkenalkan dua buah skuter di Art of Speed 2026.
Skuter yang dimaksudkan itu ialah Lambretta J200 dan Lambretta X250GP Speedster.
Harga jualan akan diumumkan kelak.
Spesifikasi Lambretta J200
Model serba baharu ini mengambil inspirasi daripada J Series era 60-an seperti J50, J100 dan J125 Starstream.
Ia dipacu enjin silinder tunggal 174.5 cc menghasilkan kuasa 16.8 hp @ 8,500 rpm dan daya kilas 15.5 Nm @ 6,500 rpm.
Suspensi terdiri daripada tetapan double arm-link di depan diikuti penyerap hentak spring berkembar di belakang.
Ciri lain yang dimuatkan termasuklah:
- sistem brek cakera & ABS dua-saluran
- rim 12 inci
- tangki bahan api 9 liter
- tinggi pelana 780 mm
- lampu LED penuh
- skrin paparan digital TFT
Terdapat empat pilihan warna iaitu Gemme White, Super Black, Cocoa Brown dan Light Gray.
Lambretta Malaysia turut mengumumkan kerjasama strategik dengan Vico menerusi kempen terbaharu “Vico Bytes to Ride” bermula 1 Ogos hingga 30 September.
Seramai lapan orang pemenang akan dipilih setiap minggu untuk menerima sebuah Lambretta J200 Vico Edition.
Spesifikasi Lambretta X250GP
Satu lagi skuter diperkenalkan di AOS 2026 iaitu Lambretta X250GP Speedster.
Model yang direka semula ini menampilkan skema warna dan grafik yang lebih sporti yang mengingatkan kita kepada motosikal lumba klasik Grand Prix.
X250GP Speedster dipacu enjin silinder tunggal 244 cc sejukan cecair menghasilkan 22.8 hp @ 8,500 rpm dan 22 Nm @ 6,500 rpm.
Kerangka semi monocoque itu disokong dengan tetapan suspensi jenis double pulled wheel swing arm dan penyerap hentak berkembar YSS di depan, dibantu dengan penyerap hentak berkembar YSS di belakang.
Antara ciri yang dimuatkan termasuklah:
- sistem brek cakera 220 mm depan/219 mm belakang
- rim 12 inci
- tangki bahan api 7.5 liter
- tinggi pelana 770 mm
- lampu LED
Tiga warna tersedia iaitu Latte Brown, Super Black dan Aurora Grey Matte.
