Cycle & Carriage rasmi buka pusat 3S Kia pertama di Malaysia

Pusat 3S Kia Cycle & Carriage Glenmarie

Cycle & Carriage (C&C) secara rasmi membuka pusat 3S Kia bertaraf mercu yang pertama di Malaysia.

Ia menandakan satu pencapaian yang signifikan susulan pelantikannya sebagai rakan pengedar sah untuk Kia Sales Malaysia.

Pembukaan fasiliti ini turut menandakan kemasukan C&C ke dalam rangkaian runcit Kia, mengukuhkan komitmen mereka untuk menawarkan pengalaman pemilikan yang lebih lancar untuk pelanggan Kia.

Kemudahan bersepadu

Pusat 3S Kia Cycle & Carriage Glenmarie ini menampilkan identiti korporat Kia yang terkini dan futuristik, dengan keluasan lantai mencecah 20,839 kaki persegi.

Ia menyediakan ruang pameran sebesar 5,511 kaki persegi yang boleh memuatkan lima kenderaan pada satu-satu masa, ruang rehat pelanggan sebesar 2,067 kaki persegi.

Selain itu, terdapat juga pusat servis dengan 20 ruang kerja tersedia, serta infrastruktur pengecasan untuk kenderaan elektrik (EV).

Alamat & waktu operasi

Pusat 3S Kia Cycle & Carriage Glenmarie ini terletak di alamat No. 1 Jalan Pelukis U1/46, Temasya Industrial Park, Seksyen U1, 40150 Shah Alam.

Waktu operasi adalah seperti berikut:

  • Isnin-Sabtu: 8.00 pagi hingga 6.00 petang
  • Ahad & cuti umum: 11.00 pagi hingga 5.00 petang

Waktu operasi pusat servis pula adalah seperti berikut:

  • Isnin-Jumaat: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
  • Sabtu: 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
  • Ahad & cuti umum: Tutup

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2026 © ENGEAR TV | All Rights Reserved