BMW F 450 GS Trophy 2026 diperkenalkan di Malaysia – harga anggaran RM40,000

BMW F 450 GS Trophy

BMW Motorrad Malaysia hari ini memperkenalkan jentera adventure BMW F 450 GS Trophy 2026 untuk pasaran tempatan, dengan harga anggaran RM40,000.

Jentera ini pertama kali dipertontonkan sebagai model konsep di pameran motosikal EICMA 2024.

Spesifikasi

BMW F 450 GS Trophy ini dikuasakan oleh enjin dua-silinder 420 cc sejukan cecair menghasilkan 48 hp @ 8,750 rpm dan 43 Nm @ 6,750 rpm.

Pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 5.9 saat dan kelajuan maksimum 165 km/j.

Terdapat empat mod tunggangan iaitu Rain, Road, Enduro dan Enduro Pro.

Kadar penggunaan bahan api sekitar 3.8 liter per 100 km.

Suspensi terdiri daripada fork teleskopik USD 43 mm di depan, diikuti penyerap hentak tunggal dengan larasan mampatan dan lantunan.

Sistem brek terdiri daripada angkup Brembo 4-omboh dengan rotor tunggal 310 mm di depan, dibantu dengan angkup omboh tunggal dan rotor 240 mm di belakang.

Jentera ini turut dilengkapi dengan ciri inovatif Easy Ride Clutch (ERC) yang ditawarkan secara standard, dibantu dengan ciri lain seperti:

  • BMW Shift Assistant Pro
  • ABS Pro
  • kawalan cengkaman dinamik (DTC)
  • kawalan brek dinamik (DBC)
  • Engine Drag Torque Control (MSR)

Tinggi pelana sekitar 845 mm sementara tangki bahan api pula berkapasiti 14 liter.

Segala info dipaparkan menerusi skrin TFT saiz 6.5 inci yang disambungkan dengan unit kawalan pada kiri hendal serta port pengecasan USB Type-C.

BMW F 450 GS Trophy baharu ini ditawarkan dalam warna ekslusif GS Trophy Racing Blue Metallic.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2026 © ENGEAR TV | All Rights Reserved