Mugen beri sentuhan ‘racing’ pada Honda Super-One

Honda Super-One Mugen exterior

Kereta elektrik kompak Honda Super-One kini menerima sentuhan magis daripada Mugen, dan hasilnya memang nampak seperti jentera litar yang mampu menggugat iman peminat kei-car.

Gaya retro dengan sentuhan motorsport

Honda Super-One Mugen ExteriorSuper-One sendiri sudah membawa elemen retro yang diinspirasikan daripada City Turbo II, tetapi Mugen menaikkan lagi tahap agresifnya. Bahagian hadapan kini dilengkapi spoiler bawah berwarna hitam serta bonet dengan liang udara.

Perubahan paling ketara terletak pada sisi, dengan tambahan fender lebar lengkap dengan liang udara yang membedrikan imej jentera litar. Ia turut dipadankan dengan skirt sisi lebih besar, cermin sisi gentian karbon, serta rim forged aluminium 16 inci. Di belakang pula, terdapat spoiler bumbung besar dan bampar lebih sporty.

Kabin lebih sporty dan fokus pemandu

Honda Super-One Mugen InteriorMasuk ke dalam, tempat duduk standard digantikan dengan kerusi semi-bucket daripada Recaro, lengkap dengan logo Mugen pada perehat kepala.

Di samping itu, pelbagai aksesori tambahan turut ditawarkan seperti karpet lantai, pelapik ruang kargo, scuff plate, serta kemasan pelindung pintu dengan logo Mugen. Logo tersebut juga boleh dilihat pada bahagian stereng.

Pengendalian lebih tajam namun kuasa tidak berubah

Dengan suspensi lebih rendah dan trek lebih lebar, Super-One sememangnya mempunyai talaan casis yang lebih agresif berbanding model asasnya iaitu N-One. Walau bagaimanapun, untuk pengendalian lebih mantap, Mugen menawarkan peredam prestasi yang dibangunkan dengan kerjasama Yamaha.

Namun begitu, trenkuasa elektriknya tidak disentuh. Ia kekal dengan motor tunggal yang menghasilkan 94 hp dalam mod Boost. Untuk menambah sedikit ‘emosi’, Honda menyertakan sistem bunyi tiruan yang mensimulasikan pertukaran gear dan bunyi enjin melalui pembesar suara.

Masih dalam pembangunan

Honda Super-One Mugen Interior Setakat ini, Mugen belum mengumumkan harga bagi pakej naik taraf ini kerana ia masih dalam peringkat pembangunan. Pelancarannya di Jepun dijadualkan sekitar Mei 2026, sebelum diperluaskan ke pasaran lain termasuk Eropah dan Australia.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2026 © ENGEAR TV | All Rights Reserved