Kempen Golden Test Drive Proton e.MAS tawar 30 jongkong emas, dari 13 April hingga 17 Mei 2026
Pro-Net selaku anak syarikat milik penuh Proton mengumumkan Kempen Golden Test Drive Proton e.MAS bermula 13 April hingga 17 Mei 2026.
Kempen terbaharu ini mengajak rakyat Malaysia untuk merasai pengalaman mobiliti elektrik dengan memandu uji model berikut:
- Proton e.MAS 7
- Proton e.MAS 5
- Proton e.MAS 7 PHEV
Dengan tema 30 Jongkong Emas dalam 30 Hari, kempen ini menawarkan 30 unit jongkong emas seberat 3g untuk dimenangi sepanjang lima minggu berturut-turut.
Cara penyertaan
Terdapat empat langkah mudah untuk menyertai kempen ini:
- Ikuti Proton e.MAS di media sosial (Instagram, Facebook, Tiktok atau Xiao Hong Shu)
- Kunjungi mana-mana pengedar rasmi Proton e.MAS
- Pandu uji dan buat tempahan mana-mana model Proton e.MAS
- Lengkapkan borang dan hantar penyertaan melalui pengedar rasmi yang terlibat
Seramai enam pemenang dari seluruh negara akan dipilih setiap minggu untuk membawa pulang jongkong emas seberat 3g.
Hadiah utama eksklusif
Selain itu, kempen ini turut menawarkan hadiah utama eksklusif termasuklah:
- 1x Hadiah Utama – Percutian 5H4M untuk dua orang ke Gold Mine Tour, Australia
- 3x Hadiah Gold Class – Jongkong emas 5g
Golden Roadshow di lokasi terpilih
Proton akan mengadakan Golden Roadshow dengan membawakan barisan EV lebih dekat kepada rakyat Malaysia di beberapa lokasi terpilih:
- Queensbay Mall, Penang (15-19 April)
- AEON Melaka (19-24 Mei)
- East Coast Mall, Kuantan (24-28 Jun)
Seorang yang minat memandu kereta manual, namun lebih gemar memilih skuter automatik. Faktor usia, mungkin.


