Jaguar dedah logo, identiti jenama serba baharu


Jaguar baru-baru ini mendedahkan identiti dan logo serba baharu bagi menandakan permulaan era EV sepenuh masa jenama mewah tersebut.
Menurut Jaguar, ciptaan semula itu adalah berdasarkan falsafah daripada pengasasnya, Sir William Lyons yang terkenal dengan kata-kata “Sebuah Jaguar seharusnya tidak meniru apa-apa”.
Empat tunjang utama di dalam pembaharuan semula identiti Jaguar ialah:
Device Mark – logo minimalis yang menggunakan muka taip Exuberant
Strike Through – 16 jalur melintang yang bakal digunapakai pada model akan datang
Exuberant Colors – palet warna baharu untuk model Jaguar
Maker’s Mark – terdiri daripada dua simbol, iaitu imej Jaguar meloncat serta monogram yang menampilkan huruf j dan r.
Keempat-empat visual ini akan muncul pada model konsep serta tiga model produksi elektrik yang dijanjikan pelancarannya sebelum tahun 2030.
Salah satu model yang bakal dilancarkan itu merupakan sebuah sedan berdasarkan kemunculan kelibat model ujian yang penuh dengan pelekat samaran.
Ia membawakan reka bentuk sedan yang rendah dan panjang, seakan-akan gabungan antara Porsche Taycan dan BMW i7.
Reka bentuk yang jauh berbeza berbanding pendekatan yang diguna pakai Jaguar sebelum ini menandakan kesediaan pengeluar itu untuk bersaing dengan jenama-jenama ultra mewah lain seperti Bentley dan Rolls-Royce.

Seorang yang minat memandu kereta manual, namun lebih gemar memilih skuter automatik. Faktor usia, mungkin.