fbpx

Proton X50 1.5L Flagship kini di pasaran Bangladesh

Proton X50 ketika dilancarkan dalam satu majlis oleh PHP Automobiles Limited di Bangladesh. - Foto ihsan PHP Automobiles Limited
Proton X50 ketika dilancarkan dalam satu majlis oleh PHP Automobiles Limited di Bangladesh. - Foto ihsan PHP Automobiles Limited

PROTON X50 berjaya ‘mendarat’ di bumi Bangladesh pada tanggal 12 Mac lalu.

Memetik Funtasticko.Net di laman Facebook, majlis pelancaran Proton X50 dilakukan secara besar-besaran oleh PHP Automobiles Limited.

Pelancaran telah berlangsung di kilang pengeluaran milik syarikat itu yang terletak di Chattogram.

Proton X50 1.5L Flagship yang dipasarkan di pasaran Bangladesh dikuasakan oleh enjin tiga silinder 1.5 liter turbo.

Ia mampu menghasilkan 174 kuasa kuda dan 226Nm daya kilas serta dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan DwiCekam (DCT).

Proton X50 dijangka mampu member saingan sengit di pasaran Bangladesh. - Foto ihsan Proton X50 ketika dilancarkan dalam satu majlis oleh PHP Automobiles Limited di Bangladesh. - Foto ihsan PHP Automobiles Limited
Proton X50 dijangka mampu member saingan sengit di pasaran Bangladesh. – Foto ihsan Proton X50 ketika dilancarkan dalam satu majlis oleh PHP Automobiles Limited di Bangladesh. – Foto ihsan PHP Automobiles Limited

Pada masa sama, Proton X50 ini turut dilengkapi brek parkir elektronik, rim aloi 17 inci dan unit infohibur bersama skrin paparan 8 inci.

Selain itu, pembeli juga menikmati jaminan selama lima tahun danlima kali servis secara percuma!

Apa pun, tahniah buat Proton kerana berjaya memasarkan lagi X50 di negara luar.

Syabas!

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved