{"id":506509,"date":"2023-10-25T11:41:39","date_gmt":"2023-10-25T03:41:39","guid":{"rendered":"https:\/\/engear.tv\/?p=506509"},"modified":"2023-10-25T11:41:39","modified_gmt":"2023-10-25T03:41:39","slug":"honda-prelude-buat-kemunculan-di-japan-mobility-show-2023-kemungkinan-ev-atau-hibrid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/engear.tv\/berita\/dunia\/2023\/10\/25\/honda-prelude-buat-kemunculan-di-japan-mobility-show-2023-kemungkinan-ev-atau-hibrid\/506509\/","title":{"rendered":"Honda Prelude buat kemunculan di Japan Mobility Show 2023! Kemungkinan EV atau hibrid?"},"content":{"rendered":"

HONDA nampaknya mendedahkan suatu kejutan, sebuah Prelude? Wah, siapa masih ingat zaman kegemilangan coupe sports ini? Tahun 90-an dulu siapa pakai Prelude memang romeo habis! Tetapi bagaimana dengan model terkini?<\/p>\n

\"\"<\/p>\n

Sayangnya, tidak banyak perincian yang kami dapat mengenainya. Prelude didedahkan di penghujung pembentangan Honda di acara Japan Mobility Show (JMS) yang sedang berlangsung.<\/p>\n

\"\"<\/p>\n

Tiada sebarang maklumat termasuklah mengenai sistem janaan kuasanya. Tetapi dari firasat kami, berdasarkan treng automotif global, kemungkinan Honda Prelude ini menjadi model elektrik sepenuhnya (EV). Paling tidak pun, ada sedikit elektrifikasi<\/a> seperti hibrid atau PHEV.<\/p>\n

\"\"<\/p>\n

Walaupun tiada sebarang maklumat lanjut, dari segi rupa luarannya, ia nampak seperti bukan sekadar konsep. Bermakna ada potensi besar ia diproduksikan menjadi realiti, dengan bentuk yang anda lihat ini.<\/p>\n

\"\"<\/p>\n

Muka depannya tidak jauh berbeza dari Civic, cuma nampak lebih tajam dan tiada gril. Silhouette badan cukup kemas dan sporti. Jika anda intai di sebalik rim 20-inci padanya, terdapat brek Brembo. Menarik. Cermin digelapkan, jadi tiada apa yang dapat dilihat atau diagak.<\/p>\n

CEO Honda, Taishiro Mibe berkongsi satu perkara semasa pendedahan Prelude ini. Katanya, \u201cIni akan menjadi prelude (pembukaan) kepada model akan datang yang membawakan keseronokan pemanduan kepada masa depan elektrifikasi, selain berpegang kepada pemikiran sports Honda.\u201d<\/p>\n

Jika anda lihat, prelude di atas adalah huruf kecil, bermakna ia tidak merujuk kepada model yang dipaparkan, tetapi sebagai pembukaan lembaran baharu model elektrik sports Honda.<\/p>\n

Apa pendapat anda? Bagi kami, cukup jika Honda menyumbat enjin Civic Type R K20C 2.0-liter<\/a> dan ditala lebih 330hp, dengan motor elektrik, dan kotak gear manual 6-kelajuan. Amacam?<\/p>\n