Arkib Tag: Volvo XC90

48-Hour Volvo Merdeka Deal tawar rebat sehingga RM70,000 untuk SUV XC90

Volvo Car Malaysia bakal menganjurkan acara 48-Hour Volvo Merdeka Deal sepanjang hujung minggu 15 dan 16 Ogos ini.

Acara berskala besar itu menawarkan rebat tunai eksklusif sehingga RM70,000 untuk SUV Volvo XC90 MY25 tertakluk kepada ketersediaan stok.

Pelbagai ganjaran tersedia

Volvo Car Malaysia turut menyediakan pelbagai keistimewaan tambahan sepanjang acara seperti:

  • Ganjaran Pandu Uji: Pandu uji mana-mana model dan dapatkan secawan kopi artisan secara percuma
  • Ganjaran Tempahan Segera: Pelanggan yang telah mengesahkan tempahan layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi pelbagai barangan eksklusif Volvo
  • Bonus Penyerahan Kenderaan: Hadiah misteri eksklusif semasa hari penyerahan kunci

Selain itu, terdapat juga penawaran rebat untuk barisan kenderaan seperti:

  • Volvo EX30 Ultra – rebat RM30,888
  • Volvo EC40 Single – rebat RM30,000
  • Volvo XC60 MY26 – rebat RM29,200 berserta VSP Plus 5 (bernilai RM15,800)
  • Volvo ES90 – rebat RM20,000 + rebat hujung minggu RM7,000 + Volvo Wallbox percuma (bernilai RM3,990)

Akses 48 Jam di seluruh negara

Acara 48-Hour Merdeka Deal akan berpusat di Carfe, Petaling Jaya pada hari Sabtu dan Ahad, dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Rakyat Malaysia di luar Lembah Klang boleh berkunjung ke pengedar sah Volvo yang mengambi bahagian termasuklah:

  • Federal Auto Cars (George Town, Pulau Pinang)
  • Western Circle (Juru, Pulau Pinang)
  • iRoll Auto (Ipoh, Perak)
  • Seong Hoe Motors (Melaka)
  • Pekin Auto (Skudai, Johor)
  • Sebangga Mitsinbo (Kota Kinabalu, Sabah)

Ini ialah Volvo XC90 diesel terakhir di dunia

Tidak seperti pengeluar automotif lain yang ragu-ragu dengan masa depan, Volvo menunaikan janji mereka tahun lepas dengan mengumumkan penamatan produksi kenderaan berenjin diesel baru-baru ini.

Model terakhir yang dilengkapi dengan enjin diesel itu ialah sebuah Volvo XC90 2.0L turbo berwarna biru yang dipasang di kilang Torslanda, Sweeden.

 

 

Difahamkan, sejak daripada tahun 1991 Volvo telah pun menghasilkan lebih daripada sembilan juta unit kenderaan berenjin diesel, di mana angka tersebut tidak termasuk rekod unit yang dipasang antara tahun 1979 hingga 1991.

Unit terakhir Volvo XC90 diesel itu tidak akan diserahkan kepada pelanggan, sebaliknya ia akan menjadi bahan pameran di muzium World of Volvo yang terletak di Gothenburg.

Di Eropah, majoriti kenderaan Volvo yang terjual di sana terdiri daripada model diesel, bahkan 95 peratus daripada jualan XC90 tahun 2008 adalah model diesel!

 

 

“Untuk jangka panjang, enjin diesel kami sangat terkenal dengan kebolehpercayaan dan kecekapan, dan ia merupakan satu pencapaian yang bermakna untuk kami dalam tempoh beberapa dekad.

“Jelas sekali, kejayaan kenderaan diesel kami memainkan peranan penting dalam evolusi kami menjadi jenama premium,” menurut Volvo.

Menjelang tahun 2030, Volvo akan menjadi sebuah jenama kenderaan elektrik sepenuhnya di mana kebanyakan kilang pemasangan kini sedang diubahsuai untuk menampung pengeluaran EV dan rangkaian kuasa bateri.