Permainan mudah alih PUBG Mobile mengumumkan kerjasama dengan Ford untuk tempoh masa terhad (15 Mei-7 Julai 2026).
Dalam tempoh tersebut, pemain berpeluang untuk ‘memandu’ dua kenderaan terkemuka Ford iaitu Ford Mustang GTD dan trak Ford F-150 Raptor R.
Ford Mustang GTD hadir dalam pilihan warna yang menyerlah seperti Spirit of America dan Verdant Legend.
Manakala ‘monster truck’ Ford F-150 Raptor R pula tersedia dalam warna Ruby Red dan Orang Flame.
Terdapat barangan peningkatan prestasi seperti front splitter dan spoiler untuk Mustang GTD, serta front bumper dan light bar untuk F-150 Raptor R.
Selain itu, mereka juga boleh mendapatkan barangan eksklusif dalam permainan seperti Ford Parachute dan Ford Ornament.
Pemain PUBG Mobile yang dapat mengumpulkan kesemua koleksi akan menerima ganjaran eksklusif Ford Collection Milestone.
