Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) mengumumkan lanjutan Program Z15GT Care sehingga 31 Oktober 2026.
Lanjutan selama dua bulan ini dilihat memberi lebih kebebasan kepada pemilik Modenas Z15GT untuk mendapatkan pemeriksaan percuma dan bantuan selepas jualan.
Menurut MODENAS, program ini tersedia di 94 lokasi di seluruh negara, merangkumi:
- 84 pengedar sah terpilih
- lima pusat servis MODENAS
- lima pusat Service Plus
Skop program yang dilanjutkan ini kekal sama, di mana pemilik Z15GT terus menikmati:
- Pemeriksaan motosikal dan diagnosis percuma oleh juruteknik terlatih
- Bantuan teknikal, pembaikan dan tuntutan waranti untuk kes yang layak
- Akses kepada komponen gantian dan alat ganti berkaitan, tertakluk kepada pengesahan teknikal dan ketersediaan
Servis rutin dan item penyelenggaraan di luar skop program masih tertakluk kepada caj perkhidmatan biasa.
Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS berkata, “Kami menghargai kerjasama dan maklum balas daripada pemilik Z15GT serta pengedar sah sepanjang program ini.
“Dapatan yang dikumpul membantu usaha berterusan kami dalam memperkukuh kualiti produk, penyampaian servisdan pengalaman pemilikan keseluruhan,” ujarnya lagi.
Pemilik Z15GT yang masih belum menyertai program ini digalakkan untuk menghubungi pengedar sah terdekat.
Mereka perlu membawa dokumen pendaftaran motosikal serta dokumen waranti atau servis berkaitan bagi melancarkan proses penilaian.
