Kontinjen negeri Selangor dinobat sebagai juara keseluruhan pusingan akhir Program Pembangunan Bakat Badminton Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – Perodua (BTDP).
Berlangsung di IOI Sports Centre Putrajaya, program ini mencatatkan penyertaan 2,800 murid berusia antara 9 hingga 12 tahun.
Pemenang membawa pulang hadiah berupa Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) seperti berikut:
- Juara – RM500
- Tempat kedua – RM300
- Tempat ketiga – RM150
BTDP yang mula dianjurkan pada tahun 2018 adalah inisiatif tanggungjawab sosial korporat terbesar Perodua.
Manfaat kepada 14 ribu pelajar
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata sejak dilancarkan, BTDP telah memberi manfaat kepada 14,000 pelajar menerusi bimbingan 140 jurulatih guru di 70 pusat latihan di seluruh negara.
“Pelajar yang terpilih diberikan akses kepada kemudahan yang lengkap serta pelatih profesional yang biasanya hanya tersedia di sekolah sukan khas.
“Selain itu, penganjuran BTDP adalah untuk memberi akses latihan badminton seawal yang mungkin kepada bakat muda badminton kerana mereka inilah bakal pelapis di masa hadapan,” jelasnya lagi.
BTDP terbuka kepada semua murid-murid berusia 9 hingga 12 tahun dari sekolah-sekolah di bawah KPM yang menjalani latihan di 70 pusat BTDP yang ditetapkan.
Senarai pemenang adalah seperti berikut:
