Aveta International Sdn Bhd selaku pengedar rasmi Peugeot Motocycles di Malaysia melancarkan Peugeot Speedfight 4+ GP Edition untuk pasaran tempatan.
Skuter edisi terhad ini membawakan penampilan yang diinspirasikan daripada MotoGP.
Hanya 50 unit sahaja ditawarkan, setiap satu dijual pada harga RM10,388.
Harga termasuk set pelincir Motul
Setiap pembelian Speedfight 4+ GP Edition turut disertakan dengan set minyak pelincir Motul, terdiri daripada:
- pelincir Motul Scooter Power LE MB 5W-40
- bendalir transmisi Motul Scooter Gear Plus 80W-90
Pelancaran ini turut menandakan pelantikan Motul sebagai rakan pelincir rasmi Peugeot Motocycles di Malaysia.
Minyak pelincir Motul akan ditawarkan di semua pengedar sah bagi menyokong keperluan servis pelanggan.
Spesifikasi asas kekal sama
Skuter ini dikuasakan enjin SmartMotion® 150 cc silinder tunggal sejukan cecair menghasilkan kuasa 12.5 hp @ 7,500 rpm dan daya kilas 13.2 Nm @ 5,500 rpm.
Ia dilengkapi dengan ciri seperti:
- sistem brek ABS dua-saluran
- rim aloi ringan 13 inci
- tangki bahan api 7.4 liter
- Fork teleskopik terbalik depan, penyerap hentak tunggal belakang
- Skrin paparan digital LCD
- Tinggi pelana 780 mm
Peugeot Speedfight 4+ GP Edition kini boleh didapati menerusi semua pengedar sah Peugeot Motocycles di seluruh negara.
