Bersempena dengan acara pameran Beijing Auto Show 2026, jenama Omoda | Jaecoo (OJ) meraikan dua pencapaian penting, iaitu:
- sambutan ulang tahun ketiga
- jualan global melebihi satu juta unit
Dalam tempoh masa tiga tahun selepas debut global, Omoda | Jaecoo telah bertapak di lebih 64 pasaran antarabangsa.
Pencapaian ini menjadikannya antara pemain global yang paling pesat berkembang.
SHS sebagai teras utama
- prestasi tinggi
- kecekapan luar biasa
- jarak pemanduan lebih jauh
- boleh disesuaikan dengan pelbagai pasaran dunia dari Amerika Latin, Eropah hingga Asia Tenggara
Kini digunakan pada model produksi utama, SHS menegaskan komitmen OJ untuk menjadikan mobiliti elektrik lebih praktikal dan relevan dengan kehidupan harian.
Super Hybrid Marathon
Menjelang Beijing Auto Show 2026, OJ turut menganjurkan pemanduan jarak jauh Super Hybrid Marathon pada 25-26 April 2026.
Konvoi ini melibatkan wakil media daripada sembilan pasaran utama merentasi laluan sepanjang 625 km, terdiri daripada J5 HEV, Omoda 5 HEV dan Jaecoo J7 HEV.
Perjalanan bermula dari Wuhu melalui Tasik Chaohu dan Huoshan, sebelum bermalam di Doushahe Hot Spring Town dan kembali melalui lebuh raya sejauh 309 km.
Pencapaian di Malaysia & peringkat global
Di Malaysia, OJ telah menjual lebih 17,800 unit kenderaan untuk tahun 2025, dengan pertumbuhan sebanyak 153 peratus tahun ke tahun dan dijangka melepasi 25,000 unit kumulatif sejak debut pada 2024.
Di peringkat global:
- OJ berkembang pesat di 16 pasaran Eropah dan jualan melebihi 220,000 unit dalam tempoh dua tahun
- raih lebih 2 peratus pegangan pasaran dalam tempoh 9 bulan di UK, dan masuk kelompok 10 teratas dalam 17 bulan
- muncul sebagai jenama paling dikenali pengedar di Sepanyol dengan skor kepuasan 9.9/10 (kajian VCON 2025)
Lebih daripada sekadar jenama automotif
OJ kini bukan sekadar sebuah pengeluar automotif.
Bertempat di Beijing Auto Show 2026, jenama itu turut mempamerkan teknologi baharu seperti:
- robot humanoid Mornine yang dibangunkan bersama pasukan AiMOGA
- Valet Parking Driver (VPD) membolehkan kereta mencari petak parkir sendiri
